Review Theme Astra – WP Theme Yang Mesra SEO?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kisah saya menggunakan theme astra ni bermula sekitar pertengahan tahun ini. Lebih tepat lagi dalam bulan puasa yang lepas. Waktu itu saya sedang siapkan course seo saya yang menggunakan blog wordpress. Dan semasa membuat setting untuk Theme WordPress. Sesudah itu saya buat sebuah blog menjual produk kesihatan sebagai contoh bagaimana blog seo dibuat.

Itu sebenarnya adalah bonus pertama iaitu cara buat blog wordpress yang mesra seo. Dalam bonus kedua saya tunjukkan contoh affiliate review site. Kerana mudah dan cleannya astra theme ni, maka saya gunakan didalam blog kedua yang merupakan bonus kedua bagi World Class Blog Case Study ini.

Dan hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua hasil menggunakan hampir 5 bulan. Untuk pengetahuan, selepas membuat beberapa post didalam blog ini, saya tidak menyentuhnya lagi. Lebih tepat saya tidak maintain atau melihat perkembangannya. Namun apa yang ingin saya kongsikan ini sebaliknya adalah tentang wordpress theme percuma yang mesra seo.

Macam Mana Nak Tahu Sesuatu Theme WordPress Itu Mesra SEO?

Biasanya kita boleh tahu hanya setelah menggunakan theme tersebut. Saya dapati kebanyakkan theme wordpress yang ada didalam pasaran terutama yang premium wordpress theme adalah mesra seo. Ini kerana dari segi typografi setting dan juga pengkelasan sesuatu tag, seperti header tag, footer dan sebagainya. Didalam premium wordpress theme semua fungsi ini mempunyai setting yang boleh di personalize.

Sebaliknya didalam theme wordpress percuma, banyak bahagian pengkelasan ini di offkan personalize setting tersebut. Anda tidak boleh buang kod footer, dan mesti mengekalkan linkback atau kredit kepada pembuat theme tersebut. Banyak bahagian yang dibuang atau disekat dari diedit. Hal ini merupakan limitation yang terdapat pada free wordpress theme yang boleh didapati di WordPress Theme Library.

Tetapi Tidak Pada Astra Theme..

Walaupun theme astra ini masih tidak membenarkan anda mengedit pada bahagian footer, akan tetapi ia masih rank tinggi di Google. Ini berdasarkan theme blog ini yang anda lihat. Semasa artikel ini ditulis, blog ini menggunakan Divi WordPress Theme. Akan tetapi sebelum menggunakan theme divi, blog sepencarian ini menggunakan theme percuma yang bernama bizpress wordpress theme.

Theme Percuma Vs Premium Theme

Premium theme yang kita tahu, ia mempunyai banyak customization yang memungkinkan anda menjadikan apa sahaja fungsi dan presentation yang menarik. Akan tetapi fungsi ini biasanya menjadikan blog anda lebih berat. Berbanding free wordpress theme pula yang memberikan anda ciri – ciri minima termasuk termasuk bahagian seo yang di minimakan.

Premium Theme Vs Updated Premium Theme

Dalam situasi diatas, penggunaan premium theme, biasanya tidak diupdate disebabkan mungkin anda mendapatkannya dari rakan atau anda mendownload nulled wordpress theme. Null bermakna fungsi “call back” telah dimatikan dan theme tersebut sebenarnya tidak selamat digunakan. Ini kerana theme wordpress yang telah di null kan biasanya mempunyai risiko kemasukan virus dan hacker kerana melalui null theme ini telah “ditanam” kod – kod tertentu.

Updated Premium WordPress Theme lebih selamat digunakan kerana dari segi security dan kesesuaian versi wordpress yang sentiasa berubah – ubah.

Didalam Astra, Ia Cuma Free WordPress Theme

Bermakna banyak fungsinya di sekat. Tetapi apa yang menghairankan adalah seperti yang ditunjukkan diatas. Bermula bulan 7 saya gunakan theme astra sehingga bulan 11, saya tak sentuh langsung blog ini. Tetapi seonya berjalan dengan sendiri.

Contoh termudah free wordpress theme yang terdapat dalam wordpress themes library adalah Bizpress. Blog sepencarian menggunakan theme ini sebelum bertukar kepada Divi Premium WordPress Themes.

Saya bertukar kepada Divi Theme kerana setelah menggunakan pada sebuah blog lain, mendapati trafik dari Google mencanak naik. Trafik apabila menggunakan Bizpress theme, ia sangat slow dan bermain – main sekitar 30 -50 pelawat sehari. Sedangkan didalam blog ini, ia mempunyai sekitar 20 artikel yang seo optimize.

Selepas saya bertukar kepada divi theme, kira – kira 3 bulan lalu. Peningkatan pelawat berlaku kepada 100 pelawat sehari. Dan terbaru sudah mencecah 200 pelawat sehari. Memang sebenarnya banyak lagi faktor termasuk fokus seo yang lebih hardcore. Tetapi ia cuma bermula pada akhir bulan lepas sahaja. Dan tempohnya baru mencecah 3 minggu.

Sedangkan seperti gambar diatas, statistik pelawat telah meningkat sejak bulan ogos lagi. Ini berlaku setelah pertukaran theme bizpress dengan divi dilakukan.

Dari sini kesimpulan yang saya dapat conclude adalah premium wordpress theme sememangnya sangat baik untuk rankkan bisnes anda di Google kerana faktor custom setting didalamnya. Namun bagi yang belum ada kemampuan untuk dapatkan theme premium yang beratus ringgit harganya, pilihan terbaik adalah menggunakan free theme di wordpress library.

Jika penggunaan null theme seeloknya di elakkan kerana anda mendedahkan risiko pada seluruh website dan bisnes anda pada ancaman penceroboh. Dan perkara ini sangat menakutkan. Dan pilihan percuma seperti didalam wp theme library sendiri sememangnya ada theme yang mesra seo seperti theme astra.

Video Tutorial Cara Buat Income USD PERCUMA
Masukkan Email Sebenar Anda Dan Klik Saya Nak!
Privacy Anda Dilindungi, Tiada SPAM Akan Dihantar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *