Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ini Merupakan Kisah Sebenar Saya Buat Kerja Sambilan Di Rumah Untuk Pendapatan RM1000 ke RM2000 Seminggu.

Apa yang akan saya bincangkan dalam teknik blog ini datang dari pengalaman sebenar. Pengalaman yang mematangkan saya dalam melakukan penghasilan jumlah diatas hanya buat kerja sambilan dirumah. Saya lakukan perkara ini selama bertahun-tahun hanya dari rumah.

Tapi kadang-kala memang ada masalah dalam menguruskan blog ni, cumanya ia perkara mudah yang insyaallah boleh settle. Jom baca kisah dan pengalaman saya hasilkan blog yang mampu menjual. Saya mulakan dengan permasalahan yang berlaku pada perniagaan saya dan bagaimana saya bangkit setiap tahun dengan blog baru. Semua usaha ini sebenarnya perlu ada perancangan supaya lepas beberapa bulan, insyaallah blog saya akan mulai menghasilkan pendapatan.

Jika anda mempunyai blog dan pelawat di blog anda saban hari semakin menurun. Saya juga hadapai masalah yang sama, tapi biasanya bila saya buat 1-2 pos kemudian naik baik pelawat blog. Namun lepas beberapa ketika, hal ini berulang lagi.

Walaupun saya aktif main seo, namun saya berpegang pada prinsip “buat kerja sekali” dan hasilnya makan tahun. Bayangkan sebuah blog pos yang saya pasti nak makan tahun, dibuat dalam masa 2 hari bagi sebuah pos. Dan jika sebuah blog saya akan rangka pos dan seonya.

Tiada perancangan masa tu sebab saya agak bizi. Bz melayan pelanggan dari blog ke whatsapp. Jadi rangka merangka cuma didalam kepala.

Saya terlupa step seterusnya adalah mempertahankan kedudukan di Google. Kerana bila blog dah naik 1st page, itu di sebut “sepanjang bulan madu“. Maknanya dia akan naik makan tahun.

Model Perniagaan Kerja Sambilan Di Rumah Saya

Saya berniaga produk ubat kuat, namun setiap tahun blog saya akan di block oleh gov malaysia kerana katanya “laman web ini melanggar undang-undang malaysia“. Dan setiap tahun juga saya akan buat sebuah blog baru. Bila keadaan ini berlaku, saya melihat satu gangguan. Jadi saya memperluaskan seo dengan wujudkan lebih banyak property secara online di public domain.

Kebanyakannya menggunakan social network seperti facebook page, facebook group poster, twitter, tumblr, pinterest, instagram dan google plus. Bila public domain macam twitter, mereka tak boleh block sebab sistem mereka tetap ada kekurangannya. Jika mereka block juga, habis semua orang tidak dapat gunakan twitter juga kerana setiap orang berkongsi domain twitter.com yang sama.

Kekurangannya merupakan advantage kepada saya namun saya takkan sebut tentangnya. Apa yang ingin saya kongsikan adalah penemuan hasil “pemerhatian” saya tentang situasi pelanggan berkurang dan juga permintaan jadi menurun.

Namun sebab terbesarnya adalah, walaupun duduk 1st page google, tapi kalau blog anda duduk di kedudukan ke 5 dan kebawah, adalah satu kerugian. Biasanya saya cuba buat dia duduk 1st page dan duduk pada top 4. Kerana pelawat kita tak survey lebih 4 website. Kebanyakkannya adalah bertumpu pada top 4 result pada 1st page ini.

Pengalaman saya, untuk satu keyword yang dah 1st page tapi duduk tempat ke 8, biasanya sukar untuk dapat lebih ramai yang bertanya. Bisnes saya jika ada 2-3 jualan sehari sudah melayakkan saya terima income rm200 ke rm500 sehari. Untuk hasilkan 2-3 jualan sehari saya perlu kuasai at least top 5 bagi berbagai keyword.

Jika dapat maintain top 1 atau 3 paling kurang bagi kebanyakkan keyword, memang heaven la kata orang jawa 😀 . Seminggu boleh dapat 10 ke 20 pembeli. Untuk dapat 10 ke 20 pembeli ni, biasanya 30-50 orang juga yang bertanya. Yang ini pendapatan mencecah RM1000 – RM2000 seminggu income bersih. Hari sabtu biasanya tiada atau kurang orang bertanya. Ahad, isnin dan jumaat adalah hari yang mana pelanggan lebih ramai bertanya dan ready nak place order pada isnin atau jumaat.

Sebenarnya pada hujung januari yang lepas, blog saya telah di block sekali lagi. Tahun lepas depa tak buat operasi, so itu satunya domain yang saya sempat renew dalam 2 tahun. Kebiasaan kurang setahun atau setahun lebih sahaja bertahan sebelum kena block. Oleh kerana itu, saya bangunkan lebih banyak blog seumpamanya dan lebih banyak domain.

Keburukannya, saya tak dapat maintain 1-2 post setiap bulan bagi setiap blog bila lepas 3 bulan biasanya, blog-blog ini dah rank 1st page dan saya dah mula berbulan madu semula. Dan lepas 6 bulan, sepanjang berbulan madu saya akan fokus pada blog yang benar-benar beri income saja. Itupun 1-2 pos setiap 3 bulan. Kesilapan saya adalah tidak outsource kerja-kerja penulisan kerana saya agak cerewet tentang artikel dan sangat benci bila di beri artikel yang tidak setanding harga.

Sedangkan, ia tidak lebih sebagai “feeder” atau pengantaraan bagi naikkan keyword anda. Memang saya apply teknik step by step yang mengajak pelawat klik link seterusnya untuk mempelajari sesuatu perkara. Kerana ini adalah teknik yang berkesan untuk convertkan jualan.

Mari Tengok Jenis Pemasaran Lain Berbanding Penggunaan Blog Dan Google SEO

Pemasaran Email : Anda set kempen, buat A and B Split Test. Semuanya ada step by step dan hasilnya bila anda teruskan membayar fee bulanan autoresponder anda, maka jualan yang sustain akan berlaku. Namun jika kredit kad anda telah expired dan anda lupa nak add balik new number, berapa lama anda sedar akan hal ini?

Pemasaran Facebook : Facebook anda boleh buat free post yang memerlukan anda ulangi perkara ini setiap hari. Kerana paling kuat 3 hari saja orang akan lihat sesuatu post itu. Dan sekarang ini susah nak nampak perkara-perkara viral. Dahulu perkara viral ini dilihat setiap hari, tapi sekarang seminggu mungkin ada 1-2 isu sahaja yang viral. Dan rancangan tv biasanya sesuatu yang menyebabkan “perkara viral” boleh berlaku.

Dengan iklan pula, anda boleh skip kerja posting, tetapi pastikan duit anda yang buat kerja. Dan bila cerita pasal duit, hanya big player sahaja yang mampu lakukannya. Kerana apa? kerana untuk dapat 1 iklan yang paling berkesan, anda kena buat banyak split test antara 10 ke 20 iklan. Test bukan percuma kerana anda perlu run sesuatu iklan untuk paling kurang 7 hari.

Kos “Tiada Hasil”

Bayangkan anda spend rm20 bagi 20 iklan untuk 7 hari. Sudah berapa duit anda keluar ? RM400 x 7 Hari = RM2800 sebagai modal burn. Modal yang takkan beri bayaran. Modal yang diguna untuk belanja mark juki. Namun untuk pemasaran blog dan google seo, anda hanya perlu berbelanja sekitar RM150 setahun untuk miliki hosting yang boleh masuk banyak domain.

Selebihnya masih ada kos-kos seo iaitu sekitar rm100 sebulan. Itu pun kalau saya teringat nak beli backlink, kalau dah strong saya mulalah lupa.

Ini Kelebihan Blog Dan Google SEO

Saya masih buat step yang sama, iaitu setiap kerja mempunyai step-stepnya sendiri. Selepas beli domain dan add ke hosting sedia ada, saya akan mula pasang blog wordpress. Blog ini pemasangannya ambil masa 1-2 minit sahaja dan budak-budak pun boleh buat sebab hanya isi tempat kosong kemudian klik next, blog anda dipasang dalam 1-2 minit oleh sistem hosting.

Kemudian saya pun tulis guna teknik seo lsi yang mana ia sangat berkesan menichekan sesuatu artikel hingga sebuah website boleh di nichekan. Teknik niche ni juga cover teknik relevancy yang mana, kandungan laman yang anda tulis mestilah sama ceritanya dengan halaman seterusnya yang anda refer. Maknanya cerita tersebut berkesinanbungan yang buat orang teruskan bacaan, ini yang dimaksudkan releven. Relevency ini juga di lihat oleh Google kerana, dalam internet browser setiap komputer dan telefon boleh dilihat oleh Google. Barulah income dengan kerja sambilan di rumah akan ada.. 🙂

Contohnya, apa yang dilakukan pelawat dalam blog anda?

Adakah mereka klik gambar, klik video, klik halaman lain, ada scroll ke page anda, berapa lama masa mereka spend di laman anda, adakah mereka buat bayaran, atau isi sebarang borang; semuanya di perhatikan oleh google bot ini. Tanpa bot ini, internet browser anda tidak akan berfungsi.

Bila pelawat blog anda ada melakukan perkara-perkara tersebut, anda bukan saja dapat pelanggan masa itu sahaja. Tetapi bila google lihat relevancy blog anda bagus, mereka akan rankkan anda di 1st page pada masa hadapan.

Jadi anda kenalah faham apa yang anda buat dan apa impact dia kepada laman carian. Melalui seorang Blogger tempatan yang hasilkan pendapatan puluhan ribu ringgit melalui blog hanya duduk dirumah, katanya ada 2 jenis blogger. Satu yang tahu kekuatan blog mereka dan satu lagi yang berblog harian dan berharap pada trafik hariannya.

Saya adalah blogger jenis no 1 itu. Setiap blog post yang dilakukan, mempunyai carian dan saya aim ia untuk duduk 1st page bagi sesuatu carian. Kerana itu satu blog post ambil masa 5 jam untuk ditulis dan beberapa jam lagi untuk melengkapkan contentnya. Ada juga post yang ambil masa beberapa hari untuk disiapkan.

Sedangkan blogger jenis kedua pula, adalah blogger harian dan melakukan kerja tak ubah seperti mereka yang buat kerja posting di facebook. Mereka publish 2 artikel atau lebih setiap hari. Blogger jenis ini memang ada yang kerja secara berkumpulan dan sangat profesional. Mereka berkongsi keuntungan melalui pengiklanan di blog. Untuk pastikan perkara ini dicapai, pembahagian tugas dilakukan dan mereka mempunyai struktur organisasi yang teratur.

Namun content yang mereka hasilkan adalah bersifat sementara atau ikut trend. Jika itu zaman Dato Siti Nurhaliza, apa sahaja berita tentang beliau; peminat ingin tahu. Berita seperti gosip artis, pencakaran sesama artis dan banyak lagi atas nama industri hiburan pada saya adalah perbuatan melakukan dosa kering semata-mata.

Gosip yang belum tentu ada kebenaran ini di tulis supaya ia meraih perhatian netizen. Dan lebih banyak pelawat yang bertandang ke blog mereka, lebih tinggi sponsor yang diterima dari pengiklan.

Bagi Golongan kedua dalam katogeri kedua ini juga, adanya jenis blogger tidak pro tetapi mereka menghasilkan blog pos setiap hari dan melebihi 2 pos sehari. Namun tajuk artikel tidak menarik perhatian Google kerana tiada “niche” dalam sesuatu artikel. Mereka ini cuba juga target untuk google namun ada berbagai faktor yang menjadikan blog mereka tidak layak duduk 1st page google.

Jika anda dalam katogeri ini, anda wajib kenalpasti kenapa blog anda gagal duduk 1st page google. Ada banyak sebab dan kekurangan yang saya lihat. Namun bila ada masalah tentu ada solusinya, dan bila nak dapat solusinya, anda akan melalui fasa-fasa menimba ilmu. Dan tentu sekali fasa ini penting untuk anda ketahui untuk lihat cara dan kaedah berkesan untuk buat pos yang dapat target 1st page google. Ilmu yang anda dapat ini merupakan ilmu pemasaran yang berkesan..

Join Blogger Yang Hanya Buat Kerja Sambilan Di Rumah!

Saya ada sebuah Secret Group FB  yang mengajar para blogger dan usahawan internet yang sudah bermula dengan sedikit pendapatan sekitar RM1000-RM2000 sebulan, supaya menggunakan seo dengan betul dan berkesan.

Anda boleh sertai FB Group ini dengan sedikit bayaran iaitu hanya RM50 sahaja. Dalam Group ini saya ada himpunkan sebuah “Online Video Course” tentang cara memperkemaskan blog wordpress anda dan cara buat seo. Dengan cara ini anda pasti dapat lakukan kerja seo dengan berkesan. Setiap pos yang dibuat pasti mendapat perhatian Google.

Detail penuh tentang Online SEO Course ini saya masukkan didalam 5 buah video cased study. Video ini menunjukkan perancangan teknik seo saya gunakan, telah berjaya rankkan 3 pos dari 4 blog pos ke 1st page Google. Pos keempat bukan tidak rank, tetapi post ke empat itu ambil masa lebih lama untuk rank 1st page kerana faktor persaingan.

Dengan menggunakan 3 pos yang mudah naik ini, saya dengan mudah dapat naik 1st page Google kerana keyword yang kurang persaingan tadi membantu, keyword sukar tadi naik ke 1st page Google. Masa untuk naik 1st page ini bagi keyword yang sukar atau mudah adalah sekitar 3 minggu ke 3 bulan. Akan tetapi 3 keyword mudah ini, ia naik 1st page Google dalam 5 hari saja. Dan keyword sukar yang saya target naik dalam 1 bulan telah naik dalam sebulan saja.

Itu kelebihannya bila satu proses mendapatkan pelawat itu dirancang. Dengan mudah anda akan dapat hasil dari pelawat yang datang.

Berminat sertai kelas santai cara saya buat kerja sambilan di rumah?

Jom Semak Perkara Yang Akan Anda Pelajari Dalam Cased Study Ini <<< KLIK LINK INI SEKARANG

"Touch" Utk Whatsapp