Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ini den nak cerita tentang “Bounce Rate“. Apakah bendanya itu?

Bounce Rate adalah cara Google Analytics menyukat adakah kandungan blog anda”releven” dengan carian pelawat. Sebagai contoh, apabila Ali lakukan satu carian di Google. Ali berkemungkinan klik beberapa laman web kerana sedang melakukan survey produk yang ingin dibeli.

Apa yang dilakukan oleh Ali sebenarnya diperhatikan.

Diperhatikan oleh siapa? Oleh Google Bot yang tersimpan didalam browser komputer Ali. Malah setiap browser seperti firefox dan chrome ada menyimpan google bot ini. Tanpa ianya, browser tidak akan berfungsi.

Katakan Ali masuk pada laman pertama dan dia dapati laman tersebut mempunyai perkara yang dicari, dia lantas klik pada link lain didalam laman tersebut untuk mengetahui lebih lagi. Kemudian Ali tutup laman tersebut dan buka laman kedua dari carian Google. Dan begitulah sehingga 5 laman dibukanya. Ada diantaranya, Ali buka sekejap kemudian dia tutup laman tersebut kerana apa yang dicarinya tidak releven.

Perkara ini diperhatikan oleh google bot dan seterusnya ia menghantar data tersebut kepada server Google untuk dianalisa. Dan hasilnya akan terpapar didalam laman Google Analytics. Bagi pemilik laman web atau blog sendiri. Anda boleh memasang satu “code” yang membolehkan Google Analytics track jumlah pelawat didalam laman web atau blog anda.

Banyak data yang dikumpulkan, antaranya

  • Berapa lama pelawat luangkan masa untuk baca kandungan laman anda
  • Adakah pelanggan klik pada link lain didalam laman anda
  • Berapa ramai jumlah pelawat
  • Dari carian perkataan apa mereka datang
  • Dari search engine mana
  • Dari Browser jenis apa
  • Dari komputer jenis apa
  • Dari telefon jenis apa
  • Dari mana lokasi pelanggan
  • Adakah mereka lelaki atau perempuan

Banyak perkara yang boleh diakses dari Analytics ini. Hanya dengan pasangkan code analytics kedalam website anda untuk ia mulai track statistic dan data pelawat anda. Termasuklah bounce rate ini.

Bagaimana Bounce Rate Ditentukan?

  • Berapa lama pelawat stay didalam website anda
  • Adakah mereka klik pada link-link lain

Jika pelawat masuk sekejap dan kemudian tutup laman anda. Anda dalam masalah, ini kerana berkemungkinan info yang dicari pelawat adalah kurang tepat dengan carian.

Contohnya: Anda tulis blog post tentang percutian anda pada hari cuti perayaan thaipusam yang akan datang. Tetapi google telah indeks post tersebut untuk carian “thaipusam” dan menyenaraikan laman anda. Kemudian bila pelawat masuk ke laman anda, lepas baca beberapa saat, kemudian mereka klik pangkah atau back kepada result carian.

Ini yang menyebabkan bounce rate anda naik. Kerana pelawat masuk terlalu sekejap. Anda kena pastikan pelawat yang masuk adalah benar-benar mencari info yang anda tulis.

Bagaimana Jika Info Yang Ditulis Adalah Tepat Tetapi Bounce Rate Masih Tinggi?

Ini berkaitan dengan masa pelanggan spend semasa membaca laman anda. Artikel anda mungkin terlalu pendek. Masa yang diperlukan adalah sekurangnya 3 minit. Anda boleh gunakan beberapa kaedah seperti memasukkan video dari youtube yang berdurasi 6 minit keatas. Den dapati, pelawat selalunya tidak tonton sampai habis pun. Jadi kadang-kala den masukkan video yang panjangnya 6 minit ke 10 minit. Tujuannya, jika pelanggan tonton video sampai setengah, dari 6 minit, 3 minit sudah mencukupi untuk rendahkan bounce rate. Dengan cara ini, konsep sekurangnya 3 minit den dapat atasi.

Contoh lain, anda boleh tulis sebuah “soul article” iaitu article yang ada “Jiwa” yang berinteraksi dengan pembaca. Untuk ini anda perlu kuasai bahagian penulisan article. Kerana untuk 3 minit bacaan, anda perlukan 700 hingga 1000 perkataan dalam sebuah article.

Dipermulaan article lagi, anda dah perlukan “sebab” untuk buat pelawat baca hingga habis article. Hal ini pula berkaitan dengan copywriting iaitu teknik memujuk pelawat untuk kekal bersama dengan anda dan akhirnya lepas baca info didalam blog anda, mereka ambil no telefon anda dan whatsaap segera. Kemudian mereka tinggalkan result carian google kerana mereka telah menjumpai laman yang paling bagus dan releven dalam pencariannya. Iaitu blog anda.

Ada banyak lagi cara untuk turunkan bounce rate laman web atau blog anda. Tips diatas merupakan salah satu tips yang power. Namun ianya perlu dipelajari dan memahirkan diri dengan seni penulisan. Bila anda banyak menulis, ianya menjadi kebiasaan akhirnya untuk apply semua element yang akan menurunkan bounce rate blog anda dan meninggikan result carian anda kerana lama kelamaan, google akan kenal bahawa laman anda releven dengan carian pelawat dan mengutamakan laman anda sebagai paling atas carian.

Jika anda berminat dalami perkara berkaitan google analystics dan bounce rate dan mempelajari kaedah menghasilkan blog yang mampu menjual, boleh berinteraksi dengan pelawat, lengkap copywriting, lengkap dengan seo, sekaligus releven pada carian google dan lengkap dalam menghasilkan jualan; ayuh klik sekarang pada Kelas Bimbingan Blog & Content Marketing

"Touch" Utk Whatsapp