Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ini abam nak share tentang SEO.

Siapa Tahu Apakah SEO?

Ok pada yang masih baru 1st time dengar seo disini abam ceritakan tentangnya. SEO ni bermaksud Search Engine Optimization. Dalam BM orang sebut sebagai memesrakan Search Engine. Search engine yang di maksudkan adalah Google.

Secara Amnya, Kita Nak Mesrakan Laman Web Atau Blog Dengan Google, Kerana Google Adalah Tempat Kita Dapatkan Pelanggan.

Mereka yang membuat carian, tentulah kerana mereka perlukan penyelesaian. Jika anda dapat menyelesaikan masalah mereka, insyaallah ada pulangan untuk anda. Namun dalam mendapatkan pelanggan, perkara yang paling dilihat adalah berapa banyak jumlah pelawat. Pelawat juga biasanya disebut sebagai Trafik.

Ini kerana bukan  semua orang menghasilkan pulangan dengan menjual produk, sebaliknya di luar sana ada berbagai kaedah dalam menghasilkan trafik untuk berbagai tujuan. Sebagai contoh, ada orang buat laman web untuk supply iklan. Mereka tidak menjual barang, sebaliknya mereka hanya display iklan-iklan daripada advertiser. Mereka dibayar berdasarkan kiraan “per klik” pada iklan atau “per view”. Jadi apa yang mereka perlukan adalah trafik.

Jadi untuk mendapatkan trafik, kita mesti menguasai seo ini. Ia satu cara untuk mendapatkan trafik. Terdapat banyak cara yang digunakan untuk mendapat trafik seperti hanya fokus kepada 1 social network seperti Facebook atau IG sahaja. Jika anda buat pengiklanan di FB, anda hanya bermain-main disitu sahaja. Tetapi SEO ia di pengaruhi oleh semua sumber trafik yang ada.

Pembuatan “Kandungan yang mesra SEO” seumpama menyediakan “makanan” yang di sukai Google. Apabila anda buatkan makanan yang sangat sedap untuk Google, ia akan “reward” anda semula dengan “rankkan” website atau blog anda pada 1st page carian sesuatu “Keyword”.

Apa Pula Keyword?

Keyword adalah perkataan atau ayat yang di cari pelanggan di Google. Sebagai contoh, pelawat blog saya mencari keyword “vimax original” dan menjumpai seperti berikut.

Keyword adalah perkara yang dicari. Seperti anda lihat, blog belivimaxonline.com merupakan blog saya duduk pada 1st page, di tangga kedua carian Vimax Original. Ini merupakan keyword carian. Jumlah carian ini sekitar 5k carian sebulan di Google. Kemungkinan pelanggan membeli adalah lebih tinggi bila anda duduk pada 1st page result.

Perkara ini semuanya boleh dilakukan. Ia bukan naik di 1st page saja-saja. Post ini lengkap dengan ciri “seo”nya. Kerana itu ia mampu naik ke 1st page google.

.
+++++Iklan+++++
Oh ye, nak update sikit yang kelas belajar seo abam akan bermula pada 23 april 2017 ni. Mungkin kalau ada yang berminat nak dapatkan kepakaran abam. Dalam kelas ni sahaja abam akan keluarkan semua ilmu “naik rank” ni. Dan lepas kelas, abam akan guide selama 2 bulan guna telegram dan FB Secret Group, supaya proses buat seo bagi perniagaan korang berjalan lancar. Semak Sini untuk join  Kelas SEO Abam.
+++++Iklan+++++

.

Banyak faktor yang mempengaruhi rank anda di Google. Biasanya proses buat seo ia memakan masa panjang dan perlukan guide dari seseorang yang mahir. Jika anda buat sesuatu kerja seo sendirian, anda akan merasa cepat penat kerana seo ini merupakan proses yang ambil masa. Terutama semasa menghasilkan content dan penulisan. Ciri-ciri penulisan pula perlu menepati keinginan Google iaitu mesti sekurang-kurangnya 700 perkataan.

Nampak Susah KAN?

Kalau dalam kelas seo abam, abam akan kumpulkan anda dan buat group. Dalam group tersebut ada 8 orang dan abam sediakan seorang “Otai SEO” untuk mengepalai group seo korang. Kebiasaan perkara yang akan abam latih dalam kelas ni adalah “Formula Menulis”, sebab SEO ni berkaitan pembinaan content. Selain menulis kita juga belajar “monetize” iaitu untuk letakkan target-target tertentu pada sesuatu penulisan. Sebagai contoh, anda mahu hasilkan content yang orang willing to share kerana ia merupakan kandungan yang sangat baik jika dikongsi dengan pembaca fb mereka. Tapi tentulah bukan artikel tentang produk yang mereka suka “share” atau “like”.

Tujuan mendapatkan share yang banyak ini supaya satu metrik yang mengukur “keperkasaan” sesebuah website dapat dinaikkan. Ia disebut DA dan PA.

DA merujuk kepada Domain Authority

PA pula merujuk kepada Page Authority

Proses menaikkan DA memerlukan anda naikkan PA anda dahulu. Jika anda terus buat untuk DA itu merupakan “teknik salah” dalam menaikkan laman web. Dahulunya cara ini berkesan, tetapi setelah penggunaan Page Rank yang Google beri, disalah guna. Cara mengukur DA dan PA ini menjadi lebih mencabar. Akan tetapi apabila anda mengetahui “keyword carian” itu sudah tepu atau tidak, anda dengan mudah boleh skip dari cuba rank bagi carian tersebut.

Apakah DA dan apakah PA?

DA merujuk kepada Domain Authority yang mana metriks ini diukur berdasarkan beberapa perkara seperti berikut:

  1. Umur Domain
  2. Jumlah Page Dalam Domain
  3. Jumlah Backlink Pada Page
  4. Jumlah Backlink Pada Domain
  5. Jumlah Backlink Dari Social Network

Selain itu, jumlah DA pada website yang beri backlink kepada website anda juga mempengaruhi jumlah DA website anda.

PA pula Page Authority – Ianya diukur lebih kurang sama dengan DA namun menaikkan PA lebih mencabar kerana jika kandungan Page adalah “Hampas” maka PA untuk page tersebut akan rendah.

Pembinaan Content juga tidak terhad pada Menulis sahaja, tetapi ada perkara lain seperti:

  1. Gambar Infographic
  2. Video
  3. Audio
  4. Lakaran/Komik
  5. Poster
  6. Landmark Study
  7. Cased Study

Ini antara bahan atau content yang biasanya mudah mendapat share tertinggi jika proses ini dilakukan dengan betul. Secara Amnya, apabila DA dan PA website anda meningkat, anda boleh masuk dalam apa-saja tajuk dalam niche yang sama. Mudah masuk bermakna, jika anda hasilkan content tentang “tajuk yang tinggi persaingan” pun, dengan mudah anda boleh agak pada page pertama, no berapa anda boleh duduk.

Perkataan Authority merujuk kepada “jumlah page” yang tersenarai dalam “Google Indeks“. Untuk mendapatkan banyak index, anda mestilah menyediakan banyak kandungan baru berbentuk post atau page.

Contoh website Shopping seperti Lazada, Ebay, Amazon dll, mereka mempunyai beribu page yang diindex didalam Google. Apabila anda mencari “offer samsung s8” yang terbaru. Tentu sekali bukan blog anda yang duduk disitu walaupun anda membuat sebuah blog “khusus” tentang samsung s8. Malah anda juga menjual ala-ala Lazada. Tetapi Google akan rankkan website yang DA/PA tinggi dan memang dikenali dengan “Deals/Offer Website” berbanding website biasa. Jadi dalam situasi ni, kita tak boleh rank pun bagi carian seperti ini pada 1st page sebab persaingan dari jumlah DA/PA website shopping tadi.

Dan last sekali sebelum berundur, abam nak belanje satu video cara mengenalpasti adakah sesuatu keyword itu boleh untuk anda outrank. Sebagai contoh saya tunjukkan peluang untuk saya outrank website no 1 gambar diatas berserta sebabnya dalam video dibawah.

Semoga anda memahami apa yang abam sampaikan dalam kelas mini ini. Sekali lagi, kalau nak belajar seo, jangan lupa klik pada link ini, bengkel seo yang akan dijalankan selama 10 jam. Dan anda boleh sedut semua ilmu yang abam ada dalam kelas belajar seo ni.