Review Ebook Cara Mudah Jadi Youtube Bersama Abang Gan Pandu Laju

Jika anda sedang mencari review ebook cara mudah jadi youtube bersama abang gan pandu laju, anda sudah pun berada ditempat yang betul. Teruskan bacaan jika ingin membuat duit dengan youtube yang kini menjadi pilihan utama ramai orang akibat pkp yang berlaku.

Review Ebook Cara Mudah Jadi Youtube Bersama Abang Gan

Memang panjang nama ebook ni, straight forward tajuknya. Jelas sekali nama Abang Gan Pandu Laju bukanlah kecil anak. Beliau yang merupakan penulis berbangsa cina bagi blog pemotoran berbahasa melayu. Tapi yang paling gah adalah diri beliau sendiri yang merupakan Host Channel Youtube Pandu Laju.

Bagi yang belum kena Abang Gan, anda boleh tonton video youtube beliau dibawah.

 

 

Disebabkan video beliau ke china tahun lepas untuk meninjau model baru iaitu Proton X50 yang sangat sporty dan menarik, carian tentang kereta ini setiap bulan banyak sekali.

Okey berbalik semula kepada review cara mudah jadi youuber ini menerangkan tentang kaedah “jalan lurus” untuk buat sebuah channel youtube. Dalam review ini kami pinjam dari konsep youtube abang gan yang selalu cari 3 kekurang dan 3 kelebihan sesuatu kereta yang mereka review.

 

Jadi kami juga akan review 3 kelebihan dan 3 kekurangan panduan ini. Untuk pengetahuan anda, saya Azham Zanal yang merupakan penulis artikel ini adalah pembeli ebook abang gan ni. Sebab itu saya merasa teruja untuk melakukan review ini.

Selain itu juga saya ada sediakan bonus belian jika anda berminat untuk beli. Ini kerana saya sebagai Pakar SEO sangat faham tentang permainan kata kunci yang dicari pelawat di Google.

 

Maka kelebihannya, video yang anda hasilkan kelak akan dengan mudah ranking no 1 di Google dan Youtube search. Dengan cara ini video yang anda hasilkan akan mendapat view yang lebih tinggi hasil dari carian secara organik.

3 Perkara Best Ebook Abang Gan

 

Okey dalam nak bolehkan channel youtube anda mulai layak paparkan iklan, perkara yang wajib ada adalah pada channel youtube anda adalah 2 perkara.

Pertama : 1000 orang subscriber

Kedua : 4000 jam tontonan dalam 3 bulan

Haa.. 3 bulan dan bukan sebulan. Tapi katakan dalam 3 bulan cuma ada 3970 jam tontonan, bulan pertama punya tak kira dah, tetapi bulan ke kedua hingga keempat akan ambil tempat.

Maknanya bulan keempat tu anda kena pulun betul – betul la?

Tak jugak, kerana kejayaan sebuah channel youtube itu terletak kepada berapa konsistan anda melakukannya, dan bukan berapa banyak video anda buat.

Katakan anda buat banyak video dalam bulan ke empat iaitu seminggu 5 video dan bulan kelima video anda kembali kepada seminggu 2 video. Channel anda akan kehilangan momentum untuk menjadi lebih viral. Oleh sebab itu adalah lebih baik anda mengutamakan kualiti video dan konsistan melakukannya.

 

Pertama : Panduan Mesra Newbie

 

So dalam ebook ni, abang gan tunjukkan cara yang betul dari proses sign up akaun gmail, cara buka akaun youtube dan perkara yang ingin dicapai. Semua matlamat dan mind set ini perlu ditanam awal – awal supaya matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang anda dapat dicapai.

Contoh matlamat jangka pendek adalah nak dapatkan 1000 subscriber dan lebih 4000 jam tontonan. Manakala matlamat jangka panjang adalah nak capai 100,000 subacriber dalam masa 6 bulan.

Cara upload video, set keyword tagging, dan semua kaedah optimize video anda ditunjukkan shot by shot.

 

Kedua : Rahsia Nak Dapatkan 4000 Jam Waktu Tontonan

 

Untuk pengetahuan Abang Gan ada RAHSIA untuk dapatkan 4000 jam tontonan. Jadi kalau anda serius nak buat duit dengan youtube, ebook ni anda wajib dapatkan. Ini yang memang sukar nak capai tetapi boleh dicapai seandainya anda tahu rahsianya.

 

Ketiga : Camera Untuk Rakaman Bagi Pemula

 

Bagi yang baru pertama kali ingin membuat rakaman video, camera apa yang sesuai? Ini pertanyaan yang ramai tanya. Akan tetapi saya sendiri beli ebook ini kerana nak tahu apakah tools yang sesuai untuk bermula.

 

 

Beli Ebook Mudahnya Jadi Youtuber Disini

 

Ternyata abang gan tak susahkan anda dengan suruh beli kamera itu dan ini kerana anda boleh mulakan dengan menggunakan kamera telefon yang kini lebih canggih dan murah.

Saya sebelumnya ada beli action camera untuk buat youtube masak memasak, tetapi berasa sangat kecewa kerana action cam tersebut memberikan hasil yang gelap. Akhirnya saya dapati memang benar menurut abang gan yang kamera telefon memberikan gambar yang lebih baik berbanding action cam.

 

 

Maklumlah baru nak bermula, ingat kamera harga RM400 boleh beri hasil yang baik, tetapi ternyata ianya silap. Nak beli lain rasa tak mampu pulak. Akhirnya seperti anda lihat di gambar, ini sahaja sudah mencukupi untuk buat rakaman video memasak.

 

Cuma sebuah kamera telefon dan juga lighting stand yang boleh dibengkokkan dengan mudah mengikut area yang ingin di capai. Sebelumnya saya memperuntukkan bajet sebanyak RM400 untuk action cam, microfon untuk action cam RM25, tripod RM40. Lighting stand RM70.

Namun akhirnya hanya menggunakan lighting stand itu sahaja untuk proses rakaman memasak. Yang lain seperti action cam tidak sesuai untuk rakaman close up.

Jangan salah sangka, rakaman action cam ini walaupun sedikit gelap, tetapi ia sesuai namanya, untuk rakaman outdoor ia memberikan gambar video yang cukup jelas.

Seandainya anda bercadang untuk buat bentuk rakaman setempat seperti yang saya lakukan, setting telefon dan lighting stand ini sahaja sudah mencukupi.

Saya juga siap beli wall papar, namun mungkin terpaksa melupakan hasrat tersebut. Ini kerana saya tidak akan berucap semasa video dan mahu bermula tanpa terlalu beriya – iya seperti sebelumnya.

Itu adalah serba sedikit pengalaman saya membeli peralatan dan setting studio youtube saya. Dan jika anda juga seperti saya yang sedang bercadang ingin membuat duit dengan youtube, ebook cara mudah jadi youtuber ni patut anda miliki.

Seterusnya saya akan sentuh pula 3 perkara yang kekurangan pada ebook ini. Namun semua ini saya nampak hanya kesilapan kecil yang boleh ditambah baik.

 

3 Perkara Yang Saya Tidak Suka Dalam Ebook Ini

 

Pertama : Ebook Ini Tidak Mesra Mobile

Maksud saya adalah jika anda beli dari telefon dan ingin membaca dari telefon, anda mesti menukar kepada lanscape view pada telefon anda kerana ebook ini menggunakan tulisan yang halus.

Ini kerana tidak semua orang memiliki komputer bagi mengakses ebook ini dalam paparan sebenar. Penambahbaikan yang boleh dilakukan dengan besarkan saiz tulisan agar pengguna telefon boleh menyerap ilmu yang di ajar.

 

Kedua : Cara Edit Video Tidak Di Ajar

 

Abang Gan adanya tunjukkan tempat – tempat yang anda boleh dapatkan bahan grafik seperti gambar tumbnail untuk video, malangnya tiada tutorial membuat tumbnail tersebut. Cara edit video sepatutnya boleh dimasukkan kerana disamping bentuk ebook, anda juga dapat akses video tentang tips – tips power.

Beli Ebook Mudahnya Jadi Youtuber Disini

Dengan adanya tutorial cara edit video ini, nanti akan memudahkan pembeli untuk buat semuanya sendiri. Diharap walaupun perkara ini sudah nampak terlalu advanced, tetapi ia tetap perkara terpenting dalam penghasilan video.

 

Ketiga : Ebook Ini Sebesar 64MB

 

64MB tu besar dan bagi yang mempunyai talian internet yang perlahan, mungkin akan menghadapi masalah untuk download fail ini. Ini kerana gambar dan grafik yang dihasilkan didalam ebook ini tidak diubah format yang lebih ringan.

Itu adalah 3 perkara baik dan 3 kekurangan ebook panduan ini. Jika anda menginginkan sebuah panduan all in one, ebook ini hampir sempurna. Ini kerana dalam panduan ini ada menyebutkan penggunaan apps dari dalam telefon bimbit sahaja.

Namun video cara edit video ni anda boleh dapatkan dari youtube. Ianya percuma dan mudah didapati. Bukan masalah besar pun.

Terakhir sekali, kami ada sediakan bonus belian ebook ini melalui link kami.

 

Bonus Cara Spy Pesaing Anda Di Youtube

 

 

 

Jika anda lihat gambar diatas, carian seperti “make money online” sememangnya mempunyai banyak carian di google dan youtube. Begitu juga carian tentang resepi masakan. Punca kenapa saya juga tidak ketinggalan membuat channel youtube.

Ini kerana carian keyword ini semuanya mempunyai carian yang banyak. Dan anda boleh mendapat banyak view percuma dari carian pelawat sekiranya video anda juga ranking dalam sesuatu carian.

Hanya menggunakan tools percuma anda boleh lihat data yang digunakan pesaing anda untuk ranking muka satu carian youtube. Bila kaedah mereka buat diketahui, anda juga boleh dapatkan ranking dalam carian google dan youtube dan menjana view percuma.

 

 

Lihat gambar diatas, dengan menggunakan akaun percuma, anda dapat melihat pelbagai data yang digunakan video yang ranking bagi carian ini. Bahagian yang saya tunjukkan dalam kotak merah merupakan data yang digunakan oleh pesaing anda. Anda boleh gunakan juga pada video anda nanti.

 

 

Ini pula adalah data tentang video yang ranking no 1 tadi. Keyword yang ditunjukkan seperti yang menunjukkan #1, #2, #3 itu semuanya menunjukkan video ini ranking bagi banyak keyword lain dan ianya mempunyai jutaan carian setiap bulan.

 

 

 

Sekarang bila anda lihat pada search volume itu, menunjukkan ada 20 ribu carian “make money 2020” dan ia ranking pada no 3 pada carian ini. Dah nampak tak potensi income yang anda boleh dapat apabila mempunyai channel youtube yang dicari pelawat.

Bagi kebanyakkan video yang dihasilkan, ia mudah basi seperti carian kereta proton x50, lama kelamaan bila kereta ini telah dilancarkan, tiada lagi orang mencarinya. Tetapi keyword seperti make money online dicari pelawat dari seluruh dunia dan cariannya tidak pernah berhenti dan sentiasa banyak.

 

Bila video anda mempunyai perkaitan keyword yang evergreen, content anda tidak pernah jadi basi dan sentiasa mendapat view walaupun sudah 3 ke 5 tahun ia dihasilkan.

Power Tak Bonus Yang Kami Sediakan ?

Apabila anda membeli Ebook Cara Mudah Jadi Youtuber Ini, kami menerima sedikit komisyen iaitu kira – kira RM20 sahaja, tetapi nilai pada teknik spy pesaing anda di youtube ini lebih mahal dan berlipatkali ganda menguntungkan anda untuk jangka masa panjang.

Tanpa buang masa sila dapatkan Ebook ini dari link berikut:

Beli Ebook Mudahnya Jadi Youtuber Disini

 

Itu adalah sedikit sebanyak review cara mudah jadi youtube yang merupakan salah satu panduan wajib miliki untuk tahun ini. Ini kerana kita pun tidak tahu sampai bila PKP yang sedang berlangsung ni akan diteruskan.

Masalah utama tentu sekali banyak syarikat mulai gulung tikar, dan akan menjejaskan banyak pihak. Jadi dengan membuat kerjaya part time seperti podcasting akan dapat membantu anda menghasilkan pendapatan berterusan.

Jika diberi sehingga 10 kelebihan untuk diceritakan pun memang boleh, ini kerana ebook ini padat dengan ilmu yang kita tak pernah terfikir selama ini. Tiba masanya untuk tindakan anda pula. Jika berminat nak buat duit dengan youtube, jom dapatkan ebook ini pada link diatas.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top