Ramai sekali yang bertanya tentang cara saya mengadakan perniagaan dari rumah yang menguntungkan. Ini kerana mereka sering melihat penulis macam tiada life. Duduk terperuk tidak keluar, melepak sekadar di kedai kopi masa mereka sedang bekerja. Tetapi bila mereka selidiki, sememangnya penulis seorang yang bekerja, malah berpendapatan lebih besar dari mereka yang bertanya ini.

Penulis hanya duduk depan komputer, tulis – tulis blog pastu publish. Masukkan seo, buat 1-2 backlink sehari pastu layan wasap pelanggan. Blog yang saya tulis itu, biasanya naik pada 1st page google lepas beberapa minggu. Dan itulah cara saya menghasilkan pendapatan sampingan dari rumah. Mereka dengar sambil garu kepala yang tak gatal. Mereka terus nak tahu pula cara penulis buat perniagaan yang menguntungkan dari rumah.

Sedang Cari Perniagaan Dari Rumah Yang Menguntungkan?

Jika ya, anda sememangnya bakal peniaga online yang akan buat duit. Dalam ekonomi digital ini, rakyat tidak perlu lagi keluar bekerja sebaliknya anda boleh kerja dari rumah sahaja menjual produk ataupun service. Seperti yang saya penulis lakukan adalah dengan berniaga online menggunakan website dan blog.

Untuk pengetahuan pembaca, kerja dari rumah memang wujud dan mudah didapati secara online. Akan tetapi kerja secara online ini selalunya tidak ada satu cara yang benar – benar mudah dilakukan. Ianya masih memerlukan anda keluar berjumpa pelanggan, kerana anda mencari kerja dari rumah yang menguntungkan. Jadi keluar berniaga memang berlaku. Namun ianya tidaklah melibatkan belanja besar seperti menyediakan tapak berniaga.

Ia cukup sekadar anda keluar jumpa pelanggan di kedai makan atau di mamak. Namun terpulang juga, jika pelanggan anda seorang dato seri takkan nak ajak jumpa di warung pula. Tapi kalau deal job dengan dato – dato tapi job seribu dua baik lupakan hajat. Jumpa di restoran mewah atau cafe hotel dah tentu, job 2k. Nangis!

Cara Buat Perniagaan Dari Rumah Yang Menguntungkan

Jadi dalam nak membuat perniagaan dari rumah yang menguntungkan, anda perlulah tahu sedikit sebanyak tentang sesuatu bidang. Katakan anda ingin membuat service web design. Ia bukanlah perkara yang mudah semudah pasang blog dan masukkan theme.

Ada banyak perkara yang anda perlu sediakan iaitu hosting dan pendaftaran nama domain. Ini kerana pelanggan tidak tahu apakah nama domain dan webhosting. Yang mereka tahu, website mereka mesti dipasangkan. Selain web design, anda juga perlu tahu tentang cara menulis. Ini kerana pelanggan tidak tahu nak tulis apa. Yang mereka tahu mereka jual barang baik dan anda kena sediakan service menulis atau upah orang lain.

Selain tu anda nak kena sediakan support dan maintenance. Tujuannya jika pelanggan nak masukkan produk baru bulan depan atau ada masalah pada hosting, semua tu anda kena ambil tahu. Dan kos maintain sebuah website setahun boleh sekitar rm12,000 dan pembuatannya adalah sekitar rm5000. Kalau sebulan dapat 4 client pun dah jadi perniagaan dari rumah yang menguntungkan seperti anda gambarkan.

Baik sampai disini dulu perkongsian saya tentang perniagaan dari rumah yang menguntungkan. Dalam tulisan berikutnya, saya akan tunjukkan pula cara upah orang lain buat dan anda makan untung mudah. Untung yang berlipat kali ganda pulak tu. Baik sekian dulu update tentang perniagaan dari rumah yang menguntungkan.