Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Harini saya nak bercerita tentang kerja part time yang saya buat masa saya newbie dulu. Masatu tahun 2007 saya mulai berblog secara serius dan setiap bulan saya mempunyai pendapatan dari blog yang tidaklah selumayan sekarang. Ini kerana masa itu perniagaan internet di malaysia tidaklah berkembang baik seperti sekarang.

Namun ia tidak menghalang saya dari membuat part time job malaysia melalui program yang ada khas untuk blogger pada masa itu. Antara yang paling popular dan merupakan sumber pendapatan yang utama bagi setiap blogger adalah Google Adsense. Google Adsense ni merupakan sebahagian dari program pengiklanan Google.

Jika anda ke Google dan membuat sesuatu carian, pasti anda tidak terlepas dari melihat iklan terlebih dahulu. Itu di panggil Google Search Advertising. Namun terdapat satu bahagian lagi disebut, Google Partner Network yang mana blog andalah yang akan menjadi partner kepada Google.

Pengiklanan Google Adword

Google Adwords adalah perkara yang dimaksudkan. Ia adalah sistem pengiklanan Google. Dan mewujudkan Google Adsense untuk blogger yang suka menulis blog tetapi tidak mempunyai sumber pendapatan. Google sebenarnya berkongsi sumber pendapatan dari pengiklanan dengan blogger. Hanya perlu daftarkan blog anda dan kemudian anda perlu masukkan “Kod Iklan” kedalam blog anda. Ini adalah satu contoh kerja part time yang boleh anda lakukan hanya dari rumah.

Semak Cara Daftar Google Adsense

Sejak dulu lagi Google sudah mempunyai cara untuk mengenalpasti tentang apakah blog anda. Jika blog anda bercerita tentang perniagaan internet, iklan yang keluar juga tentang perniagaan internet. Katakan anda bercerita tentang internet web hosting, anda boleh mendapat  pulangan yang besar melalui iklan seperti ini. Ini kerana Google Advertiser membayar sekitar USD7 atau RM30 untuk 1 klik.

Hasilkan jualan atau tidak, itu hal no 2. Kerana anda tidak terlibat dalam tindakan pelawat semasa berada didalam website pengiklan. Anda hanya display iklan sahaja dan anda dibayar bagi setiap klik pelawat.

Nampak Tak Peluang Kerja Part Time Di Rumah Dengan Blog?

Berapa anda dibayar tu, Google tak reveal pula ada percentage ke apa. Tetapi para expert menyatakan, jika pelawat ada membuat pembelian atau daftar akaun percuma, earning yang akan anda terima akan bertambah. Namun pendapat ini bukanlah dari Google sendiri.

Secara amnya, jika laman web anda berbahasa Inggeris, incomenya lebih lumayan kerana Google Crawler dapat menentukan niche blog anda dengan lebih tepat. Seterusnya penghasilan itu akan lebih baik. Baik saya telah habis berkongsi pengenalan kerja part time yang saya lakukan sejak dahulu.

Tapi apa benda sekalipun, untuk bermula lakukan kerja part time di rumah ni kita kenalah bersedia dengan beberapa perkara. Perkara paling penting tentulah anda perlu mempunyai blog sendiri. Lepas ada blog sendiri, barulah anda boleh cari kerja part time dengan blog.

Belajar Cara Bina Blog WordPress

Google Adsense adalah satu contoh sahaja. Sebenarnya ada banyak lagi contoh kerja part time dan kerja sambilan di rumah yang anda boleh lakukan. Tunggukan aje saya share semua kerja part time di rumah yang saya buat.