Adakah Anda Sedang Mencari Cara Buat Duit Online Tanpa Modal? Jika Ya, Anda Sedang Susahkan Diri Sendiri Sebenarnya.

Nak tahu kenapa buat duit online tanpa modal bermaksud anda sedang susahkan diri sendiri?

Cuba anda lihat, apakah keperluan seorang nelayan kecil-kecilan. Nelayan yang hanya ada jala dan tiada kelengkapan lain, tiada sampan dan tiada pendayung.

Nelayan kecil-kecilan ini sebenarnya perlu buat banyak kerja, seperti memasang pukat, atau menyediakan perangkap ikan sendiri, menunggu lama. Namun hasil di hujung hari, hanya rm20-30 sahaja pendapatan nelayan ini. Dan bila anda sedang cari cara buat duit online tanpa modal, sememangnya anda sedang cuba menjadi nelayan peringkat cuba-cuba sahaja.

Apa jadi jika anda adalah seorang usahawan ikan sangkar besar-besaran?

Jika anda seorang pengusaha ikan sangkar besar-besaran, anda perlukan kawasan yang besar dan man power yang dapat lakukan kerja-kerja untuk anda sementara anda duduk goyang kaki dirumah. Ini bukanlah dari kemampuan anda. Penulis sendiri pun tidak mampu untuk lakukannya.

Kalau jadi nelayan basic adalah satu cubaan menyusahkan diri. Jika nak jadi usahawan perlukan modal yang besar; maknanya memang tiada peluang buat duit tanpa modal la ya?

Sebenarnya memang ada cara buat duit online tanpa modal, tapi kena tambah sikit. Tanpa Modal Besar.

Dengan cara ini, anda tidak perlu bimbang sama ada perlu turun menjala setiap hari. Tetapi dengan sedikit modal yang anda ada, modal itulah yang membuat kerja untuk perniagaan anda. Anda mungkin mejadi penternak ikan dibelakang rumah. Kecil-kecilan, tetapi ada income rm500 seminggu dan ada peraih tetap.

Bayangkan lagi perbezaan antara nelayan yang hanya berharap dengan resam sungai. Ada hari hasilkan pendapatan, tapi ada lebih banyak hari pulang dengan perasaan kecewa. Hasil yang diperolehi terlalu sedikit.

Itulah lambangnya bagi anda yang mahu membuat perniagaan secara percuma. Anda mengharapkan perkara percuma disekeliling anda untuk lakukan berbagai tugas untuk hasil yang tidak seberapa.

Cara Mudah Hasilkan Wang Masih Perlukan Anda Mempunyai “Kanvas” Sendiri

Kanvas Percuma

  • Forum
  • Blog
  • Facebook

Kanvas adalah tempat anda meletakkan ayat-ayat promosi anda. Jika pada forum, dibawah pos anda mempunyai sebuah signature, anda boleh masukkan link affiliate atau no telefon anda sendiri untuk pertanyaan. Mungkin anda menjual produk kesihatan dan aktif di forum terkenal dan membina nama.

Signature kecil dibawah pos anda memang mampu memberi impak dalam bisnes anda. Namun jika anda menjual alatan nurseri, pelanggan suka sekali ingin melihat gambar item-item tersebut. Untuk gambar, anda biasa gunakan foto sharing percuma juga. Kerana anda tidak mempunyai “kanvas tetap” anda sendiri.

Penggunaan forum sebenarnya untuk orang yang rajin membuat posting yang bermanfaat. Jika anda seorang yang tidak rajin, saya sama sekali tidak sarankan anda menggunakan forum sebagai kaedah kerja sambilan di rumah tanpa modal kerana anda takkan dapat apa-apa hasil.

Penggunaan Blog percuma nampak lebih baik berbanding forum kerana anda ada “kanvas sendiri“. Walaupun kanvas ini cuma dipinjamkan sahaja, tetapi ianya lebih baik. Saya sendiri bermula dengan blog percuma sehingga saya letak sasaran untuk berpindah blog wordpress selfhosted.

Penulis juga bermula dari blog percuma sebagai kaedah bina empire kecil-kecilan saya. Namun seperti yang dinyatakan, penggunaan blog percuma mempunyai kekurangan dari segi mendapatkan pelawat. Iaitu saya tak dapat kawal “permainan seo” sepenuhnya.

SEO adalah satu bisnes besar, dengan tulisan yang baik dan lengkap dengan seo, blog anda boleh menghasilkan pendapatan sendiri. Namun bagi banyak perkataan yang dicari pelawat di google, amat sukar menjumpai blog percuma duduk pada carian muka 1 google. Namun seperti forum, blog juga mempunyai komunitinya sendiri. Jadi proses jual beli ini mesti bermula dengan membina kredibiliti, seperti komen di blog lain, jadi member blog mereka dan anda akan menjalankan banyak kerja “blog walking” dan memberi komen-komen ikhlas supaya owner blog approved blog anda.

Jika kanvas anda facebook, ini juga salah satu kaedah mendapatkan pelanggan. Kanvas yang saya sebut tak lain adalah sebagai tempat anda berpromosi. Namun jika saya, jarang sekali saya terus menjual kepada prospect yang berminat dengan tulisan kita. Saya akan pastikan pelawat ini dihantar keblog saya dimana dalam blog selfhosted dengan nama domain sendiri digunakan.

Kelebihan Guna Kanvas Sendiri

Dalam blog sendiri, bukan milik sesiapa kecuali anda, anda boleh dapatkan banyak data dari mereka yang masuk. Anda  boleh tahu dari mana pelawat anda datang, berapa umur mereka, jantina, taraf pendidikan, kewangan, kereta apa dia pakai, telefon jenama apa dia guna, semuanya anda boleh tahu.

Dengan adanya sistem yang advanced dari Facebook, kelak saya hanya gunakan data yang cukup targeted ini untuk promosi produk yang telah mereka lawati di blog saya. Apa yang saya lakukan hanya tanam “pixel” iaitu tracking kod facebook dan semua data tentang pelawat saya akan direkodkan.

Jika anda ke lazada, pasti anda perasan hal ini. Anda tengok 1-2 produk di lazada, kemudian anda masuk facebook, anda lihat lagi iklan yang sama kerap kali muncul di facebook tentang produk yang baru anda lihat dilazada. Nampak tak kelebihan yang anda ada bila anda memiliki kuasa penuh keatas ‘kanvas” tempat promosi anda.

Website atau pun blog, adalah tools pemasaran paling berkesan. Memiliki website sendiri, anda boleh kawal kandungannya. Ia tiada iklan, kerana bila blog atau website anda mempunyai iklan, proses jualan akan terganggu.

Facebook adalah salah satu tempat beriklan yang terdapat banyak gangguan. Pelanggan yang sedang asyik baca iklan anda boleh lari bila notification berlaku, sebab itu saya akan bawa pelanggan masuk blog atau website supaya tiada gangguan notifikasi facebook.

Memiliki blog sendiri sebagai tempat menjual sama sekali tidak sama dengan memiliki facebook page atau menjual di personal fb. Katakan dalam artikel saya mempunyai 3 link dan saya nak track link mana yang lebih banyak di klik. Saya hanya perlu masukkan tracking kod yang boleh di track didalam bahagian admin blog sahaja. Perkara ini adalah mustahil jika di facebook dan sekali lagi anda perlu menggunakan service luar seperti goo.gl url shortner untuk mengukur jumlah klik.

Banyak sekali kebaikan yang anda boleh dapat apabila anda menggunakan blog yang di host sendiri. Kos untuk memilikinya adalah sekitar RM100 ke RM150. Anda akan dapat hosting dan juga nama domain.

Nama domain adalah nama yang anda pilih sewaktu daftarkannya. Seperti nama domain blog ini, sepencarian.com. Dengan adanya nama domain ini, apabila pelanggan mahu mengetahui tentang produk yang saya jual, saya akan beri saja nama domain iaitu sepencarian.com sebagai tempat pelanggan melihat produk saya.

Hosting pula adalah tempat dimana tulisan dan gambar promosi anda disimpan, tanpa ia, anda tak mungkin dapat buat blog sendiri. Dengan adanya hosting dan nama domain, kemudian skrip blog dipasang barulah terjadinya blog anda.

Dengan Ada Blog Sendiri Baru Anda Boleh Dominasi Pasaran Buat Duit Di Rumah Tanpa Modal

Faham ke tidak apa maksud saya?

Buat duit tanpa modal memang benar-benar wujud. Tetapi untuk buat online duit tanpa modal yang terbaik, anda memerlukan sebuah “blog sendiri” dahulu sebagai “TEMPAT PROMOSI” anda sendiri, dan DILENGKAPI dengan TRACKING tentang pelawat anda. Banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan bila mempunyai blog sendiri.

Nak Tahu Apakah Kaedah Buat Blog Tanpa Modal Yang Mampu “Besar” Yang Boleh Hasilkan RM50,000 Setahun?

Baca : Teknik Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal Besar

Baiklah para pembaca sekalian, saya telah pun berkongsi risiko yang bakal anda tanggung jika bercadang melakukan kerja sambilan di rumah dengan cara tanpa modal. Sebaliknya dengan permulaan modal RM100 anda sudah mampu memiliki blog dotcom anda sendiri dan boleh digunakan untuk melakukan apa-apa promosi. Dengan sedikit investment ini barulah anda dapat melakukan sebuah pemasaran online dengan berjaya.

Bermula dengan modal kosong bukanlah pilihan bijak. Sebaliknya dengan sedikit modal untuk adakan banyak keperluan bisnes online anda. Semoga anda faham kini bahawasanya teknik buat duit online tanpa modal memang ada, namun anda masih perlukan sedikit modal untuk bermula.

"Touch" Utk Whatsapp