Buat Duit Online Dengan Menulis Blog

Cara buat duit online RM3000 sebulan. Ini yang akan saya kongsikan dalam cara buat duit online dengan blog. Bayangkan anda boleh hasilkan RM3000. Kalau ada 5 blog, boleh jadi sampai RM15,000 sebulan pendapatan anda. Jadi anda mesti ambil kesempatan untuk belajar buat duit online yang saya akan perturunkan ini.

Cara saya membuat duit online adalah dengan menjual produk fizikal. Produk kesihatan lelaki sebenarnya. Sebab saya menyukai produk seperti ini kerana untungnya tinggi dan ramai penggunanya. Jadi permintaan sentiasa ada.

Cara Saya Buat Duit Online Dari Rumah

 

Ya, since ini adalah cara untuk hidup selesa dan banyak habiskan masa dirumah, maka anda akan ketahui rahsia saya buat kerja sambilan dirumah sehingga kini dah jadi punca pendapatan tetap. Mana taknya, dulu saya kerja makan gaji, sekitar RM1400 sebulan. Tapi macam saya nyatakan diatas, 1 blog boleh hasilkan RM3000 sebulan. So kalau ada sebuah blog pun, ia dah melebihi gaji kerja makan gaji.

Adalah biasa seperti rakan blogger lain yang berniaga produk kesihatan, mahupun produk yang lain – lain, mereka biasanya ada lebih dari sebuah blog yang menghasilkan pendapatan. Cara dah betul, maka perlu duplicate sahaja kerja yang dilakukan supaya penghasilan setiap blog menjadi lebat.

Cara saya hasilkan pendapatan adalah dengan menulis artikel yang berkaitan dengan masalah yang diselesaikan oleh produk yang saya jual. Apabila orang mencari tentang sesuatu masalah, mereka akan mencari penyelesaian masalah mereka di Google. Ia akhirnya akan menjumpai laman web saya di Google.

Biasanya diakhir artikel, saya akan selitkan call to action untuk ajak pelawat klik link pada produk yang saya jual. Biasanya, bila mereka terpengaruh, begitulah biasanya jualan terhasil. Cuma cara saya buat duit online dengan blog ni, langsung tidak gunakan fungsi kedai online. Sebaliknya hanya layan whatsapp pelanggan sahaja. Apabila mereka ingin membeli, mereka akan segera whatsapp saya.

Isu trust menjadi halangan orang nak membeli guna kedai online. Sebaliknya jika dapat berurusan dengan penjual melalui whatsapp, itu dah cukup baik. Isu barang tidak sampai sering kedengaran menyebabkan ramai orang tidak mahu beli secara online.

Buat Duit Online Dengan COD

Bisnes yang saya lakukan ini kebanyakkan pembeli suka COD. Jadi order melalui cod memang sentiasa masuk dan menjadi punca pendapatan utama.Itulah caranya saya buat duit online atau dapatkan pelanggan secara online.

Cara Kerja Guna Blog

Kebiasaannya saya akan buat sebuah blog dengan berbagai artikel tentang masalah yang diselesaikan oleh produk saya. Biasanya 1-2 bulan diperlukan untuk buat dalam 5 ke 10 artikel tentang masalah – masalah yang diselesaikan oleh produk saya. Kemudian saya akan tinggalkan 2-3 bulan kerana masa ini pelawat akan mulai bertambah sedikit demi sedikit.

Ranking di Google bagi blog baru biasanya akan di muka 2 dan seterusnya. Yang mana confirm orang tak masuk. Tapi ini memang prosesnya. Google takkan beri blog kita duduk 1st page bagi blog yang kurang 3 bulan. Sebab itu saya akan tinggalkan ia. Nanti ia akan rank 1st page apabila tempoh ini berakhir. Selepas itu saya akan menulis blog tersebut sekali sebulan.

Kenapa Kena Menulis Lagi Jika Sudah Rank Di Google?

Tujuan utama saya menulis blog atau biasa disebut update blog adalah bertujuan mendapatkan pelawat baru. Bila artikel baru di publishkan, ia biasanya akan target new keyword untuk rank di Google. Katakan pelawat harian blog saya sekitar 200 orang. Dengan menambah artikel baru, Google akan mengindex kandungan baru dalam blog saya dan akhirnya rankkan di 1st page Google. Dengan cara ini, pelanggan juga bertambah.

Lebih Ramai Pelawat, Lebih Ramai Pelanggan

Itu adalah punca kenapa konsep buat duit online ni mula dicari oleh ramai orang. Kerana ia ternyata menghasilkan pulangan yang cukup lumayan.

Jom Baca Cara Hasilkan RM10,000 Sebulan Dengan Menulis Blog

 

Pada link diatas, saya ada kongsikan step by step cara membuat blog dan cara ranking di Google. Ia merupakan video panduan yang saya rakamkan sehingga menjadi sebuah blog berpendapatan tinggi. Jika anda mengimpikan panduan lengkap cara buat duit online, maka anda tak harus lepaskan peluang ini.

 

Video Tutorial Cara Buat Income USD PERCUMA
Masukkan Email Sebenar Anda Dan Klik Saya Nak!
Privacy Anda Dilindungi, Tiada SPAM Akan Dihantar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *