Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Harini ini abam Azham nak kongsi dengan anda tentang Bisnes Shaklee. Ramai orang tanya abam, bisnes shaklee ni kena cari orang ek? Tak terkecuali yang bertanya adakah biz shaklee wajib menjual produk? Jawapan abam biasanya adalah, ia bisnes kepenggunaan.

Didalam Bisnes Shaklee, ada 2 cabang.

  • Pengguna Produk
  • Pengguna & Bisnes

Kebiasaannya ia akan bermula dengan “Masalah“. Tanpa masalah, tiada siapa pun perlukan “Penyelesaian“, betul tak?

Jadi, dari sini adanya Produk Kesihatan Shaklee.

Kebanyakkan produk shaklee, ia menjual dengan sendirinya.

Nak tahu kenapa Abam cakap produk ni menjual dengan sendirinya? Mudah je. Memang at 1st anda tak tahu dan tak kenal produk shaklee. Anda mungkin mencari “penyelesaian bagi masalah” anda. Kemudian anda mulai perasan, yang kebanyakkkan carian tersebut mempunyai banyak laman web yang menyenaraikan produk-produk shaklee sebagai kaedah menyelesaikan masalahan anda.

Akhirnya, lepas survey anda dapati ia masih produk shaklee. 1st anda memang tak terfikir untuk bisnes. Tetapi sedang berusaha untuk sembuhkan penyakit yang dideritai. Ini yang abam sebutkan sebagai cabang pertama tadi. Pengguna boleh jadi, akan terus menerus menggunakan produk shaklee kerana keberkesanan produk.

Kebanyakkan mereka yang berjaya melakukan bisnes shaklee adalah mereka yang dah “Tawan Manfaat Produk Shaklee“. Mereka bermula dengan penyakit atau musibah melanda. Kemudian mendapatkan pertolongan dengan produk shaklee. Kemudian mereka mulai berkongsi kesan baik yang dirasai. Dan akhirnya rakan yang ada masalah sama juga akan “ingin mencuba keberkesanan produk shaklee“.

Anda Nampak Ke Nampak Kelebihan Bisnes Shaklee?

Abam ada sebut 2 perkara berikut tak?

  • Cari Orang
  • Kena Menjual

Itu yang abam maksudkan yang produk itu jual sendiri. Apa yang abam lakukan adalah sharing. Seperti Set Subur Shaklee, abam dah tahluk manfaat dia dengan hamilkan isteri. Selain tu abam juga dah tahluk manfaat produk yang bantu hilangkan sakit belakang dan sembelit.

Terbaru abam sedang berusaha untuk legakan asma dengan produk-produk shaklee iaitu Omega Guard, Alfalfa, Corotomax, Jus Resveratrol. Memang impress waktu beli corotomax. Abam would say ini adalah produk mahal kerana sebiji jatuh RM2.50 berbanding vitamin yang abam guna untuk legakan sakit belakang dan sembelit, ia cuma 50 sen sebiji. Namun belum berkesempatan tambah omega guard, fungsi dari corotomax ini saja sudah sangat terbaik. Nafas abam tak berbunyi langsung. Mengah hilang.

Abam nak ambil set ini, kerana abam sedang dilanda batuk yang teruk hingga hilang suara. Masa sama, asma, selsema dan demam semuanya menjemput serentak. Jadi abam cadang ambil fullset untuk bendung sakit asma.

+++++

Lepas beberapa hari kesan baik dia dah mulai nampak, abam takde sen lagi nak beli omega dan jus resveratrol. Jadi abam “conti” makan apa yang ada je dulu. Alfalfa dan Corotomax. Lepas 5 hari asma 70% hilang. Dan mata sekarang jadi sangat-sangat terang. Alfalfa detox kan badan, air suam yang banyak keluarkan virus melalui kencing, dan Corotomax untuk masalah berkaitan mata, hidung, tekak dan kerongkong. Cerita full dia nanti abam tulis dan share.

+++++

So – Still tentang SHARING. Abam tak menjual, hardly promo. No!

Kalau pembaca ada masalah sama, boleh je contact abam. Bukan abam yang beritahu nak makan apa. Tapi semuanya Nutritionist Shaklee yang akan uruskan. Abam cuma perlu ambil sedikit data seperti:

  • Umur Pesakit
  • Sudah berapa lama sakit
  • Doktor feedback apa?
  • Rawatan apa yang sedang dilakukan

Abam guna set ni, ikut kemampuan juga, sebab Vivix @ Jus Resveratrol RM490 sebotol. Bagi suami wajib ambil sebab dia betulkan balik “kecelaruan hormon” punca kualiti “sperma kurang cergas“. Isteri boleh kongsi je jus resveratrol tu dengan suami.

Tapi kalau perempuan tu belum berkahwin, tapi nak buat “bunting pelamin” boleh ambil versi yang lebih murah iaitu GLA Complex RM95. Dia akan betulkan balik hal-hal berkaitan peranakan wanita dan tingkatkan kesuburan dengan B Complex with Folic Asid RM57. Folic asid ni akan menambah cecair kesuburan wanita yang akan meningkatkan jangka hayat sperma sehingga 5 hari. Berbanding dengan wanita kekurangan cecair suburnya, sperma cuma boleh hidup 2-3 hari sahaja, jadi peratusan untuk telur disenyawakan lebih rendah.

Abam bukan doktor, tapi bila abam dok terang tentang hal-hal menjaga kesihatan, ada yang perli

Macam jumpa doktor..

Sinis. Biasalah manusia, tapi bila mereka nampak apa yang abam sampaikan, mereka beli juga dari abam.

Benda-benda ni sebenarnya bukan jadi pandai sendiri. Tetapi atas inisiatif “Master Coordinator” iaitu pangkat tertinggi dalam shaklee. Income mereka dah 6 angka. Jadi panggil Doktor Pakar untuk ajari kami pengetahuan tentang kesihatan beribu ringgit sekalipun mereka takde hal. Sebab nak bangunkan lebih ramai bisnessman dan bisnesswoman shaklee yang berjaya.

Untuk tapis yang benar serius cuma kena bayar RM25 untuk hadiri kelas ini. Kelas 20 orang, baru RM500 collect. Tapi bayar doktor beribu ringgit. Disitu tandanya upline benar-benar nak tolong. Selain tu ada juga kelas PPUV yang mana didalamnya mengandungi 21 aktiviti yang boleh menghasilkan sekurangnya RM600 sehari jika setiap satunya di aplikasikan dengan betul.

21 Aktiviti ini merupakan aktiviti sharing hampir kesemuanya. Bukan bersifat menjual. Yang menjual adalah produk itu sendiri kerana setiap produk mempunyai nilai RND antara USA 50 juta ke USA 200 juta bagi setiap produk, jadi keberkesanan dalam pengambilan setiap produk adalah DIJAMIN BERKESAN.

Kerana itu Bisnes Shaklee dinamakan Bisnes Kepenggunaan. Anda guna, dan anda share.

Kawan-kawan abam yang beli, semuanya hasil abam share testi abam sendiri seperti testi abam hamilkan isteri, testi sakit pinggang dan sukar buang air besar. Hampir setiap orang ada masalah yang sama.

Masa lepak kedai kopi abam jumpa kawan area rumah. Kak Nor namanya, dah 3 hari tak buang air, abam bagi test sambil lepak sama borak-borak. Lepas setengah jam dia kata.

Eh bagus la produk ko Am, akak dah kentut-kentut dah ni.

Lepas lagi beberapa minit tu dia minta diri nak balik, nak membuang dah. Tapi sempat ambil sebotol. Hutang tak bawa banyak cash katanya. Abam ok je, bukan baru sehari dua kenal. Lihat mudah tak menjual dengan cara sharing. Apa yang penting, tolak ansur dengan pelanggan.

Produk Yang Berkesan Akan Menjual Sendiri

Itulah Motto produk yang abam cari kalau nak berbisnes, ia ada ciri ini. BERKESAN.

Tambah lagi Syarikat Shaklee adalah syarikat Pertama Didunia Yang Membuat Vitamin. Ia juga yang memperkenalkan nama Vitamin 90 tahun lalu. Lalu digunakan secara meluas diseluruh dunia. Since ia syarikat antarabangsa, dari USA. Mereka perlu mendapatkan KKM dan Halal Jakim bagi semua produk sebelum dibenarkan jualannya disini. Jadi anda tak perlu risau tentang perkara ini.

Bisnes Shaklee Lain Dari Yang Lain

Abam ada satu lagi bisnes dalam “evergreen niche” dan hasilkan RM10K sebulan. Tapi bisnes tersebut completely selevel aje. Iaitu antara abam dan pelanggan. Paling kuat pun bila pelanggan refer pada kawan-kawan mereka menjadi 2 level.

Aktiviti perniagaan shaklee, berlainan kerana walaupun anda mendapat pendapatan sehingga 6 level, tetapi andai kata lepas setahun dua anak, cucu, cicit, piut,miut,cute sampai level 6 tak aktif. Tetapi cute miut di level 7 ada seorang master. Sepatutnya dah tak layak kerana dia dah level 7.

Dalam syarikat yang membayar komisyen berbagai peringkat yang lain, biasanya anda tak dapat apa-apa. Tetapi dalam bisnes shaklee, cute miut level 7 tu automatik naik ke Level 2 anda. Bila anda ada seorang master dibawah, automatik anda akan ada income paling kurang RM10,000 sebulan datang dari network Master itu tadi.

Bisnes Shaklee Juga Adalah Bisnes Leadership

Leadership bermaksud, seseorang yang mempunyai ciri pemimpin. Seorang Master asalnya belum tentu pegang jawatan pemimpin dalam organisasi mereka bekerja. Tetapi bakat Kepimpinan boleh di asah walaupun dia cuma seorang kerani penyambut tetamu. Perkara ini boleh dilakukan asal ada kemahuan. Hanya memerlukan masa dan keinginan belajar.

Lagipun Empire Islam, Sultan Isa Al Fateh yang berusia 18 tahun ketika menakluki “Kota Constantinople” dulu perancangannya bukan dibuat dalam satu malam.

Jadi tak perlu gopoh dalah memulakan sesuatu bisnes. Abam lebih suka “Para Pembaca” blog abam ni, ambil langkah dengan tanya dahulu kepada Allah. Istikarah, tanyalah “shortcut” ini kepadaNYA.

Tanyakan, adakah anda ada rezeki untuk belajar dan memulakan perniagaan shaklee ini.

Jika diizinkan, mendapat restuNya, tentu lebih mudah perjalanan anda dalam melakukan bisnes ini bersama abam. Ya abam adalah Upline anda jika berminat dengan bisnes shaklee ini.

Sementara nak tunggu malam untuk bertanya kepada Allah, suka sekali abam nak share “7 Hari Crash Course“.

Apa Kandungan Crash Course Ni?

Dah tentu info-info berkaitan bisnes shaklee. Jika anda nak tunggu malam itu dah betul langkahnya. Akan tetapi anda juga perlu “Bookmark” laman abam atau ambil no telefon abam. Tetapi, untuk tujuan ini, abam Azham Zanal ada sediakan Email Crash Course. Dengan berdaftar masuk ke Course ini melalui Email. Abam akan hantarkan 7 email selama 7 hari bermula hari ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah ini “Nama” dan “Email” pada bahagian bawah menu 7 Hari Email Crash Course Ini. Dengan cara ini, jika diizinkan Allah, anda dah tahu cara nak hubungi abam, ye tak?

Abam TUTUP SEMUANYA. Kepada Yang Berminat Sahaja.

Anda berminat Untuk Aksek Masuk Pada 7 Hari Email Crash Course Bisnes Shaklee?

Sila Komen Dibawah Dan Nyatakan Kenapa Anda Nak Join Abam!

 

"Touch" Utk Whatsapp