3 Model Bisnes Online Tanpa Perlu Keluar Rumah

Buat bisnes online dan taknak keluar rumah? Ada ke bisnes online yang tak kena jumpa orang? Haha, jika anda masih baru dalam perniagaan internet, biasa anda dengar macam buat bisnes online tanpa modal selalulah dengarkan. Tapi ini yang saya nak kongsikan dengan anda model bisnes yang saya lakukan secara online benar-benar tanpa keluar rumah.

Memang tak caya rasanya. Sebab kalau anda jual barang mesti nak kena keluar pos barang. Walaupun urusan anda adalah 100% jual beli online, tetapi agak mustahil untuk lakukannya. Kecuali anda tidak break the circle dan tidak tamak. Contohnya, saya mendapat satu lagi bisnes online tanpa perlu keluar rumah, akan saya cerita sedikit diakhir tulisan ini.

Modul Bisnes Online Dengan Mencari Student/Pekerja

Dalam modul bisnes online tanpa keluar rumah yang pertama ini, ia merupakan cara yang saya lakukan beberapa tahun dahulu. Mencari student yang nak belajar bidang Oil & Gas. Kerja saya waktu ini adalah buat penulisan iklan di FB dan collect leads seperti

  • Nama
  • Alamat
  • No Telefon
  • Email
  • No IC

Detail ini mereka perlu SMS pada saya dan saya akan forward pada wasap group. Disitu manager kolej ada pantau leads dan abang saya akan createkan surat tawaran yang telah dibekalkan kolej dan emailkan kepada para peserta. Mereka perlu bayar RM100 untuk book seat dan baki semasa mula kelas. Upahnya pula seperti berikut.

  • Saya terima RM400 bagi yang jadi student
  • Abang saya terima RM100 bagi yang convert
  • Staf kolej terima RM200 jika mereka bantu buat conversion

Kebiasaannya, kelas akan bermula 1-2 bulan lagi. Dan proses tarik peserta, paling lewat adalah sebulan lebih awal. Bila time nak masuk kelas, time nilah yang kritikal sebab kadang-kala mereka book seat sebab emosi, sebab ikut kawan – kawan. Last-last mak tak bagi atau tiada duit.

Jadi pada yang confirm masuk kelas, saya akan terima RM300 setelah tolak kos admin rm100 pada abang saya. Ikutkan setiap kali open 2 bulan sekali, abang saya akan sediakan 100+ ke 200+ surat tawaran. Max abang saya akan terima RM2000 untuk 20 orang student.

Manakala staf kolej pula akan masuk campur apabila saya tidak boleh closekan pelanggan yang dah bayar booking seat rm100 tadi. Biasanya bila mereka dah beri penerangan kepada ibu bapa pelajar, akan ada conversion. Dan yang bermasalah ni dalam 2-4 orang sahaja. Dan kalau tak berjaya, terpaksa buka iklan fb last minit. Walaubagaimanapun, kelas akan diteruskan walaupun tak cukup 20 orang.

Kerja online saya habis disitu. Next tunggu payment masuk. Dan sepenjang 2 tahun lebih saya buat course ini, sekali sahaja saya pernah ke kolej untuk ambil gambar bagi bahan marketing.

Model Bisnes Online Dengan Dropship Produk

Ini sudah masuk tahun ke 7 saya lakukan kerja ini. Ia hanya dengan membuat blog dan saya ceritakan tentang masalah yang diselesaikan oleh produk saya. Ini adalah modul bisnes online yang paling mudah dan hasilkan pendapatan berterusan.

Dalam modul bisnes online tanpa keluar rumah yang kedua ini, saya menghasilkan jualan yang tinggi sehingga bos dropship menyediakan staf cod untuk saya. Lagipun 80% pelanggan ingin dapatkan produk segera dan mereka prefer cara cod.

Kerja dari rumah yang saya lakukan adalah menulis blog dan juga pasang autoresponder supaya yang berminat atau tak pasti produk yang mana untuk mereka, dapat lebih faham. Disamping itu nanti jika ada produk baru senang saya nak promokan pada list pembeli.

Biasanya pelanggan akan call atau whatsapp apabila ingin membeli. Jadi tugas saya adalah untuk dapatkan detail untuk cod seperti:

  • Nama Pelanggan
  • No Telefon
  • Minta mereka share lokasi
  • Harga
  • Produk
  • Masa COD

Detail ini seterusnya saya akan forward kedalam group wasap. Didalamnya ada Bos Dropship, staf cod dan saya sendiri. Bila ada order cod, staf cod akan ambil alih dari sini. Kadang staf tidak free, bos sendiri akan codkan produk tersebut.

Caj cod adalah RM20 perlokasi. Namun saya tidak beratkan kepada pelanggan kerana saya hanya jual produk mahal sahaja. Untung tinggi, dan dari untung tersebut, saya beri RM20 pada cod. COD akan bank in pada bos dan bos akan payment kepada saya. In the end dalam model binses dropship ni, saya menerima RM65 untung bersih seunit.

Jika pelanggan membeli secara bank in. Detail nama, alamat dan no telefon sahaja. Disebabkan pelanggan sudah bayar ke akaun saya, next saya perlu serahkan detail ini dan kos produk + kos pos kepada bos. Beliau yang akan poskan untuk saya. Jadi profit dari perniagaan online ni saya dah dapat dulu.

Modul Ketiga Bisnes Online Dengan Jadi Ejen Affiliate

Dalam modul ini, ia tengok juga berdasarkan produk apa yang dijual. Untuk produk affiliate, saya suka jual jenis service dan produk digital. Jika service contohnya adalah mempromosikan service hosting, vps atau reseller hosting pada harga murah dan berkualiti. Ianya saya lakukan dengan mencuba dahulu service – service ini kemudian beri recommendations kepada pembaca blog.

Sekali lagi saya menggunakan blog sebagai cara marketing yang cukup berkesan untuk mendapatkan pelawat. Nanti mereka akan melalui proses ditukar dari pelawat kepada pelanggan dengan menggunakan blog sebagai tools bisnes online yang paling berkesan.

Saya juga jadi ejen affiliate bagi produk info seperti cara buat duit online, cara kerja sambilan dari rumah, dan berbagai lagi produk dalam niche perniagaan internet. Ada banyak pemilik produk diluar sana yang menawarkan program affiliate. Mereka mempunyai produk yang boleh selesaikan masalah pelanggan.

Saya pula tahu cara promosi produk tetapi tidak mempunyai produk sendiri. Jadi dengan membuat bisnes online dengan promosi produk affiliate juga akan mendatangkan hasil.

Apa Pendekatan Yang Saya Guna Untuk Keep Buat Bisnes Online Tanpa Keluar Rumah?

Ya benar, dalam bisnes online yang saya buat ni bukan sahaja tak keluar rumah, malah tak perlu pegang stok pun. Jadi ia completely bisnes online tanpa modal.

Untuk nak pastikan perkara ini adalah dengan banyak bersyukur dengan rezeki yang telah disediakan dan juga “kekal dalam circle” yang sudah tersedia.

Ini Kuncinya, Kekal Dalam Circle

Saya pernah nak melangkaui bos dropship saya dengan ambil stok sendiri. Stok tersebut adalah produk retail. Jadi saya boleh dapatkan harga yang lebih murah, sama dengan bos saya dapat. Jika saya ambil sendiri, bermakna saya keluar dari circle yang telah ada flownya.

Jika dulu saya boleh senang lenang buat bisnes online tanpa keluar rumah, tapi jika saya keluar circle bermakna saya yang kena layan wasap, saya yang kena pos, saya juga yang kena cod. Kena jadi kuli balik. Selain tu kerja – kerja lain tak dapat nak buat. Even nak update blog pun tiada masa. Itu adalah kesannya jika saya pilih nak buat semuanya sendiri.

Sama juga dalam kerja admin yang abang saya lakukan. Saya tak mampu buat kerja – kerja admin. Dengan saya nak layan call dan sms student yang bertanya. Nak closekan mereka lagi. Ini semua saya tidak boleh buat sendirian dan perlukan bantuan. On the other side pulak, kita bantu tambah dan tingkatkan ekonomi circle kita. Memang saya tidak dapat full tetapi memangnya saya dapat buat berbagai kerja lagi, untuk memaksimumkan pendapatan.

Haaa, dah nampak ke belum formula buat bisnes online tanpa keluar rumah. Perkara ini kita kena banyak berdoa supaya didatangkan dengan orang – orang yang jujur dalam mengendalikan bisnes. Abam pernah ada supplier yang jujur tetapi melewat – lewatkan penghantaran produk. Perkara ini dia akan kacau bila pelanggan tak dapat – dapat tracking number. Lepas 2 hari baru nak pos. Jadi disitu, hubungan kita dengan pelanggan akan terjejas.

Btw nanti saya story lagi pasal satu job baru yang saya dapat iaitu untuk cari pekerja pemandu grab. Sama je. Member yang offer tu cakap, kalau nak dapat 200 kena buat everything sendirilah. Tapi kalau share dengan dia, saya dapat RM75 sahaja, beliau pun dapat sama. Lebih RM50 itu company ambil untuk tujuan bayar gaji kerani yang key in data pemandu ke website grab. Selain tu company dah sediakan support yang pelbagai untuk pemandu yang berdaftar. Jika saya nak buat sendiri, saya kena sediakan semuanya sendiri.. dan bisnes online saya dah jadi bisnes tak online pula nanti bila semua kerja saya kena buat.

 

Video Tutorial Cara Buat Income USD PERCUMA
Masukkan Email Sebenar Anda Dan Klik Saya Nak!
Privacy Anda Dilindungi, Tiada SPAM Akan Dihantar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *