Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Nama saya Azham Zanal dan saya adalah seorang internet marketer untuk tempoh lebih 13 tahun dan 7 tahun secara fulltime. Secara amnya saya hasilkan purata RM200 ke RM300 setiap hari dengan berniaga produk kesihatan lelaki. Pada hari gaji ia boleh mencecah RM1,000 sehari. Kerja saya hanya close sale melalui telefon. Most of the time, saya habiskan masa dirumah. Sementara kerja-kerja penghantaran barang dan pos dilakukan secara dropship.

Ini adalah life saya dan saya telah laluinya bertahun-tahun. Namun baru-baru ini saya telah berkesempatan merasai alam rumah tangga. Dan selepas itu saya mula menyedari kos dan keperluan hidup makin mencabar. Sebelum ini saya tinggal di sentul kl, kos sara hidup di area tersebut tidak terlalu tinggi. Namun saya mahu membina kehidupan sendiri bersama pasangan. Saya memilih untuk “Start From Zero”. Saya menyewa rumah di bangi berhampiran tempat kerja Isteri, sewaktu pindah masuk, kami hanya bawa sebuah kipas dan kain baju sahaja.

Semasa saya bujang, selain mempunyai perniagaan dropship, saya juga berniaga bisnes ayam goreng secara kecil-kecilan. Namun selama hampir 2 bulan saya uruskan perniagaan ayam goreng ini dari bangi. Sekurangnya 3x saya akan ke sentul setiap minggu. Kadang-kala hari-hari. Setelah 2 bulan saya ambil keputusan untuk lepaskan kedai tersebut kepada abang saya yang tinggal disana. Ini kerana saya dapati untung saya lari banyak kepada kos-kos transport. Masa saya terbuang begitu sahaja.

Semasa lepas kawen, baru saya mencari rumah sewa di bangi. Aim saya adalah untuk berdakwah dan membantu golongan pelajar melalui berniaga dan menerapkan kaedah berdakwah kepada para pelajar yang ingin belajar meniaga cara rasul. Saya tahu perkara itu sukar dilakukan dan memerlukan komitment yang tinggi.  Sebenarnya waktu ini saya dingdong. Saya ingin mengadakan sebuah perniagaan makanan menggunakan instagram. Namun walaupun memasak kesukaan saya, tetapi berniaga makan adalah satu perkara yang berbeza. Komitmen tinggi jika buka kedai. Allah sahaja yang maha mengetahui dalam hati saya. Lantas dipertemukan dengan peluang perniagaan shaklee.

Pengalaman Join Shaklee

Sewaktu hari saya buat keputusan untuk lepaskan kedai itu, saya terpandang post Puan Salwa salah seorang rakan fb saya. Beliau update dipanggil oleh Majalah Niaga untuk beri talk. Beliau menerangkan yang beliau adalah Master Coordinator di Shaklee. Saya pun terpanggil untuk mesenjer beliau. Bertanya cara menjadi ahli shaklee. Namun pada pandangan beliau, saya orang hebat. Walaupun saya akui saya tidak hebat langsung, melainkan Allah saja yang hebat. Sedikit sebanyak ia menaikkan semangat dalam melakukan perkerjaan ini.

Dengan beberapa pertemuan, kami berpakat untuk adakan kelas seo untuk mereka yang berminat membina peluang perniagaan ini. Dalam beberapa pertemuan, dengan pihak upline bersama master Salwa saya ditanya soalan cepumas yang saya tidak boleh jawab.

Apa Sebab Nak Join Shaklee Ni?

Soalan ini ditanya 2 orang dan gagal beri jawapan. Jawapan yang teragak-agak. Saya masih buntu. Serius saya tidak pernah success dalam “mood” join syarikat multi level marketing. Jadi jawapan saya adalah..

Ingin belajar bidang yang saya tidak pernah success dan berharap berjumpa dengan guru sebenar.

Saya masih menjawab dengan tidak yakin. Sehingga pada pertemuan ketiga. Saya dibawa jumpa dengan seorang downline bernama En Nazmi. Beliau merupakan kaunselor bagi orang-orang kelainan upaya bertempat di PLPP Sg Merab. Beliau join dan jadi ahli shaklee dan master Salwa placekan beliau dibawah saya. Seorang lagi kakak dari setiawangsa, saya belum update detail beliau.

Semasa perjumpaan dengan dengan En Nazmi di PLPP, upline saya dari nilai juga turun ke bangi untuk menyampaikan berita gembira beliau. Dengan keadaan En Nazmi yang juga orang kelainan upaya, saya masih “Blur” tentang arah tujuan saya sertai bisnes mlm ini. Ia lebih dari sekadar bisnes, ia berkaitan leadership. Setahu saya, saya bukanlah seorang leader yang baik. Sifat kepimpinan pun dapat c semasa penilaian cikgu dalam sijil tamat tingkatan 5.

Upline saya 3x beritahu yang sangat mengharapkan kehadiran saya dalam sebuah seminar “Penetapan Goal Bagi Tahun 2017″ bersama Master Tuan Haji Roslan.Saya mulanya memang 50/50 sama ada ingin pergi atau tidak. Tetapi setelah dinyatakan dalam seluruh Malaysia. Cuma 15 orang sahaja Ahli yang berpotensi pergi jauh dapat tempat Exclusif menghadiri seminar ini.

Saya tanya balik.. 15 orang sahaja?

Ya, kata upline saya. Tuan Haji Roslan ini orang paling lama sertai shaklee dan kini pendapatan beliau adalah RM5,000,000 (5 Juta Ringgit) setiap bulan. Kata beliau..

Di Shkalee, Gaji Bulanan Saya Naik RM100 Ribu Setiap Bulan. Yang Mana Mustahil Bagi Orang Makan Gaji Naik Gaji RM100 Ribu Setahun. Inilah Lebihnya Network Bisnes.

Benar kata beliau, melihat pada situasi saya setiap bulan. Jumlah jualan mencecah 10k-15k setiap bulan. Tetapi selama 5 tahun saya hanya buat jualan sekali atau dua kali sahaja jualan ulangan. Kerja-kerja cod saya serahkan kepada orang lain, dan hasilnya pekerja cod saya mempunyai pelanggan yang ramai kerana bila mereka mula berkenalan, mereka ini adalah pembeli. Jika ada produk baru, mesti mereka nak cuba. Tidak hairanlah kadang-kala saya mendapat payment yang tidak disangka-sangka. Mujur Allah datangkan orang yang jujur seperti tuan Alex Proman untuk bekerja sama dengan saya.

Dalam bahagian lain, saya mula melihat jika saya usahakan perniagaan shaklee 5 tahun dulu, pasti saya bergelar jutawan hari ini. Kerana perniagaan network ini akan beri pulangan berulang. Tapi siapa tahupun apa yang akan jadi masa hadapan? Tak pernah sangka saya maintain blog sampai 5-6 tahun dan beri income yang sustain (berterusan). Dan kelebihan berniaga secara online ini membolehkan saya berniaga besar-besaran tanpa perlu ada kos yang besar.

Walaupun Shaklee dah 28 tahun, dan saya baru kenal pada tahun 2017, namun itu bukan penghalangnya. Masih ramai yang belum jadi member shaklee. Dalam seminar ini saya “blur2 ayam” sebenarnya. Tapi setelah balik saya mula bercerita dengan isteri yang saya perlu bantu downline saya sebanyak 2 orang untuk mengembangkan bisnes network mereka.

Bangun pagi ini, saya mulai clear semuanya yang saya menjadi “orang harapan” dan diangkat sebagai leader dalam situasi yang saya tidak sedar. Bila diberi 2 orang downline secara percuma saya mengucap syukur. Kerana baru 2 hari join, sudah dapat rezeki. Namun yang saya tidak sedar, rezeki yang Allah beri melalui master Salwa berupa TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN. Ini merupakan perkara yang saya masih belum pass. Sehinggalah pagi ini saya sedar tentang Goal atau dan apa yang ingin saya capai. Apakah maksud saya mahukan 5k ke 20k dalam masa 3 bulan lagi.

Maka itu tulisan ini terhasil. Untuk saya tatap kembali masa hadapan, adakah goal saya telah tercapai. Dalam satu kertas yang diberi, saya mahu dapatkan 15 ke 25 signup sebulan. Bermakna paling busuk seorang setiap 2 hari. Saya dapati saya perlu sediakan “Action Plan” supaya apa yang diidami tercapai. Berikut adalah action plan kepada goal saya.

  • Saya ingin datang melawat 2x seminggu para downline saya
  • Saya “tahu” jalan mengusahakan perniagaan shaklee, jadi saya perlu duplicate ilmu dan ajar mereka sampai pandai menulis.
  • Tujuan 2x lawatan ini supaya saya dapat beri maklumat serta belajar menulis blog, seo dan pemasaran internet.
  • Bantu mereka untuk fahami produk dan kuasai seni menjual
  • Bantu mereka duplicate apa yang saya ajar kepada downline mereka
  • Dengan cara ini, mereka akan ada pendapatan secara runcit melalui blog, pendapatan dalam network juga disumbangkan oleh downline-downline mereka melalui cara berniaga.
  • Bila downline saya mempunyai pendapatan melalui berniaga produk shaklee di blog, saya tidak perlu ingatkan apa yang perlu dilakukan. Proses ini akan berterusan. Network saya automatik berkembang dan pendapatan mengalir masuk.

Goal Saya Pula

  • Untuk diri sendiri, saya mahu bergelar jutawan
  • Untuk orang sekeliling, saya mahu adakan keperluan mereka
  • Untuk para downline, saya mahu jadikan mereka penjual aktif
  • Masa yang sama saya mahu sampaikan dakwah kepada semua

Goal Masa Pendek

Semalam saya dimaklumkan yang saya menerima 2 orang downline lagi, salah seorangnya adalah seorang imam masjid di PLPP. Upline saya sempat close 2 orang pada hari kami berjumpa dan “bertaaruf” dengan En Nazmi di kawasan masjid PLPP.

Jadi ada 3 orang dari kawasan sama. Saya hanya perlu jumpa 3 orang ini di PLPP 2x seminggu dan seorang kakak di KL. Setiap perjumpaan adalah antara 1 ke 2 jam.

Goal Masa Pendek Saya:

  • Fokus 4 Orang Ini Hasilkan Jualan 500 ke 1000 PUV (Jualan RM1500 ke RM3000)
  • Bantu Mereka Dapatkan 3 Orang Dalam Bulan Januari
  • Mahu Bergelar Supervisor Dalam Bulan Januari
  • Mahu hasilkan 1000 PUV dari jualan sendiri
  • Group UV 3000 Keatas
  • Pendapatan Sekitar RM4000 Bagi Januari 2017

Cabaran Tambahan: Naikkan Sekurangnya 3 Orang Ini Supervisor, Saya Akan Naik Senior Supervisor Dalam Bulan Pertama Dengan Pendapatan Paling Kurang RM10,000.

Ini adalah Goal saya untuk sebulan. Blog Sepencarian ini baru seminggu dibuat. Setiap hari saya peruntukkan 5 ke 8 jam untuk menulis dan mempersiapkan content. Tambahan lagi sejak tidak menguruskan kedai, saya mempunyai lebih banyak masa. Sebelum ini untuk siapkan 1500 perkataan bagi sebuah article sangat la sukar. Ambil masa 1 minggu untuk disiapkan.

Dibawah Merupakan Aktiviti Blogging Dalam Lawatan Saya

Selalunya orang nak belajar berblog, mereka perlu cari kelas belajar pasang blog. Tetapi bila anda sertai shaklee melalui saya, anda dapat “personal coaching” dan saya sendiri datang kepada anda. Namun untuk permulaan saya mahu target area bangi, kajang dan putrajaya terlebih dahulu. Mereka orang sekeliling saya dan mudah untuk berkumpul dan mengadakan aktiviti.

Salah satu aktiviti yang dirancang untuk kandungan blogpost setiap minggu adalah aktiviti memasak. Saya akan ajak downline berkumpul di rumah seminggu sekali, kemudian kami adakan aktiviti memasak. Masak pun bukan sembarangan, ianya mempunyai tema. Sebagai contoh kami belajar sediakan makanan yang boleh dijual dalam food truck. Selepas memasak kita belajar juga cara menulis article, cara mesrakan seo, copywriting dan berbagai lagi teknik menjual “softselling” dan “santai” tanpa paksaan kepada pelanggan yang membaca blog anda. Nanti pelanggan yang benar-benar perlukan produk anda, mereka akan hubungi anda.

Semua aktiviti seharian ini sebenarnya anda boleh buat beberapa siri blogging yang memudahkan anda update blog anda nanti.

Jika anda lihat saya tak ajar pun anda cara update blog untuk cerita tentang produk sentiasa, sebaliknya ajak anda mahirkan diri dengan aktiviti “Komuniti Blog” supaya anda mahir gunakan blog dan masa yang sama anda dapat atasi perasaan malu-malu, berat mulut dan tukar kepada orang yang berkeyakinan.

+++++

Ingin Kuasai Ilmu Pemasaran Internet Seperti Blog, SEO, Copywriting Dan Content Marketing Secara Percuma?

+++++

Semua ini boleh anda pelajari All-In-One jika anda menjadi

NEXT LEADER SHAKLEE

Untuk Saya Bantu Anda “Mengadakan Sebuah Bisnes Yang Menguntungkan” Dan Masa Sama Anda Boleh Bantu Orang Lain Juga. Bukankah Itu Ciri Seorang Leader?

Dengan Pengalaman Dan Ilmu Yang Allah Beri, Saya Ingin Coach Anda Secara Percuma!

Ya percuma, hanya komitment anda supaya meluangkan waktu “Santai – Ilmu” di rumah saya dan rumah para leaders shaklee juga.

Testimoni Saya 2 Minggu Sertai Shaklee:

Saya sebenarnya tak suka keluar, jumpa orang lagi beramah mesra. Orang panggil “berat mulut”. Namun saya dah tanamkan impian saya di fb beberapa hari sebelum masuk tahun baru selepas 3 hari join shaklee.

Saya Ingin Jadi Jutawan… 😉

Namun saya selepas ikuti kelas Master Tuan Haji Roslan, saya sedar yang “Sikap” saya untuk menjadi jutawan adalah bertentangan dengan “Sikap Seorang Jutawan”. Oleh itu dari kelas ini, saya keluar dan buat perubahan-perubahan positif dan saya dah betulkan NIAT. Bila niat kita betul, keseluruhannya Allah permudahkan. Mencari rezeki dan tambah baik kehidupan orang lain adalah niat saya dan saya buat kerana Allah Taala.

Baik Jika Anda Berminat Dapatkan Bimbingan Saya, Apa Kata Anda Semak CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE