Kerja Kosong Sebagai Penulis Blog Dicari

Anda perlukan Kerja Kosong? Sukar nak dapat jawatan kosong dari mana – mana tempat? Kerja kosong yang ditawarkan dalam blog ini mampu menjana pendapatan bulanan secara tetap dan berterusan. Jika anda rajin, anda pasti dapat menghasilkan pendapatan seperti akan saya kongsikan, bagi anda yang sedang mencari kerja kosong.

Ada 2 Kerja Kosong Yang  Menawarkan Bayaran Lumayan

  1. Kerja Kosong Sebagai Penulis Blog Sendiri
  2. Kerja Kosong Sebagai Penulis Di Blog Pelanggan

Kerja Kosong Sebagai Penulis Blog Sendiri

 

Kerja ni sebenarnya lebih membuahkan hasil dari menulis untuk blog orang lain. Bila anda menulis di blog sendiri, ia secara tidak langsung bakal menghasilkan pendapatan berterusan saban bulan.

Terdapat banyak bentuk pendapatan yang boleh di raih dengan menulis blog sendiri, antaranya seperti berikut:

  • Pengiklanan
  • Jualan Produk
  • Jualan Service
  • Review Produk

Ya, bagi yang tiada produk sendiri, mereka lebih sukakan konsep pengiklanan sebagai cara dapatkan income. Jangan tak tahu, mereka ini menggunakan berbagai cara untuk mendapatkan pelawat ke blog dan sering menggunakan content viral untuk menarik perhatian orang supaya klik blog mereka.

Jualan Produk Dan Service adalah satu kumpulan yang menghasilkan pendapatan paling banyak. Mereka ini hanya perlu menulis blog tentang masalah yang diselesaikan oleh produk atau service mereka.

Kerja kosong sebagai produk reviewer juga dilakukan didalam blog anda sendiri. Anda mungkin mendapat pengiklan yang berminat untuk memdapatkan review tentang produk mereka didalam blog anda. Kerja seperti ini biasanya adalah kerja one time sahaja dan tidak menghasilkan pendapatan berterusan.

Jika belum ada pengiklan yang berminat dengan blog anda, mungkin kerana ia masih baru, maka anda boleh sahaja menyertai Affiliate Network seperti Clickbank, Ordersini, Warriorplus dan berbagai lagi. Affiliate Network ini merupakan website yang menghimpunkan Advertiser dan Affiliate.  Anda sebagai affiliate, manakala penjual produk digital pula adalah Advertiser.

Anda boleh mendapat komisyen jualan dengan mempromosi produk advertiser. Jika dalam blog, kita akan buat produk review dan apply beberapa teknik supaya pelanggan yang berminat beli, lebih tertarik untuk beli melalui link affiliate anda. Itu adalah bentuk kerja kosong yang anda boleh lakukan. Dengan cara ini, masalah mencari kerja kosong tidak wujud lagi.

Kerja kosong yang saya kongsikan ini anda perlu lakukan adalah dengan menulis blog anda sendiri. Jika anda tidak tahu cara membina blog, anda boleh dapatkan Panduan Bina Blog WordPress. Dalam panduan ni, ia menerangkan cara bina blog wordpress dan cara hasilkan pendapatan tinggi. Dalam teknik yang diajarkan, anda tidak perlu bersusah payah hasilkan content viral yang selalunya belum tentu betul ceritanya. Apa yang anda perlu buat adalah fokus penulisan anda pada masalah yang diselesaikan oleh produk anda. Pelawat anda akan datang dari carian di Google.

Sebagai Contoh blog ini mempunyai artikel yang bertajuk “Kerja Sambilan Di Rumah” yang juga rank di Google bagi carian sama dan beberapa carian lain seperti kerja kosong kerajaan dan kerja kosong terkini. Dianggarkan jumlah carian bagi keyword berkaitan kerja kosong sahaja sekitar 40,000 carian sebulan.

Kerja Kosong Sebagai Penulis Blog Pelanggan

Kerja Kosong
Kerja Kosong

Untuk perkara ini, anda tidak perlu ada blog sendiri pun takpe. Asalkan anda boleh menulis artikel original yang tidak pernah terbit dimana-mana. Saya sebenarnya melakukan kerja menulis blog di blog client saya. Saya kongsikan kepada anda tentang salah sebuah blog yang saya hasilkan untuk pelanggan yang sama. Beliau menjual produk minyak urut untuk lelaki.

Dalam menyediakan service menulis blog, saya mempunyai peralatan yang lengkap seperti penggunaan keyword tools yang mengenakan bayaran RM219 setiap bulan. Namun nilai penulisan artikel yang saya lakukan adalah RM200 ke RM250 bagi sebuah artikel bergantung pada kesusahan sesuatu tajuk dan panjang artikel.

Minima pembelian artikel untuk set kecik RM500 untuk 3 artikel Bahasa Melayu sepanjang 500 perkataan. Manakala set besar mengandungi 5 artikel dengan minima 700 perkataan setiapnya adalah RM1000. Kebiasaannya saya over delivery dengan buat sehingga 1500 perkataan dalam 1 artikel. Bergantung kepada idea dalam kepala sebenarnya.

Betul Ke Tiada Kerja Kosong?

 

Jika anda jenis macam saya, tiada perwatakan menarik. Berbadan gempal dan seringkali orang meragui kebolehan saya. Sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa majikan tidak mahu hired anda. Ada sesetengah orang menjadi oku dan tidak dapat membuat kerja. Jika pergi mencari kerja pun seringkali kebolehan anda dipersoal. Tapi kalau anda jenis kerja sekejap berenti, kerja berenti.. Dalam fikiran anda sebenarnya adalah, anda nak jadi bos.

Jadi kerja kosong sebagai penulis blog ni lebih bersesuaian untuk mereka yang mencari kerja kosong tetapi sukar mendapatkannya. Memang bagi mereka yang kurus dan ada rupa pun kadang sukar mendapat pekerjaan. Apatah lagi seperti saya yang tiada pewatakan menarik. Lantas cara berniaga sendiri menggunakan blog lebih sesuai.

Berapa Agaknya Modal Permulaan Sekiranya Memilih Kerja Sebagai Penulis Blog?

Jika anda masih baru, anda perlu memperuntukkan kos sewaan nama domain sekitar RM40 setahun dan Hosting RM10 sebulan atau RM100 setahun. Jadi kos permulaan untuk adakan blog tempat anda menulis sekitar RM140 setahun.

Selain itu ada juga kos lain yang mungkin anda perlu sediakan seperti pembelian keyword tools seperti yang saya nyatakan diatas. Jika bayar tahunan memang saya tidak mampu, ia mencecah RM1600 setahun, jadi saya pilih bayar bulanan pada harga RM219 sebulan. Ia bantu saya mencari keyword-keyword yang mudah untuk ranking di Google, serta banyak cariannya.

Pelaburan ini sebenarnya murah jika dibandingkan dengan income yang anda boleh dapat. Kerja menulis tidak semestinya tunggu advertiser saja, tetapi anda boleh mengasah bakat menulis dengan menulis di blog sendiri. Seperti di blog ini, saya hasilkan pendapatan dengan iklan dan affiliate. Dalam blog saya yang lain, ia fokus kepada jualan produk fizikal.

Terdapat peluang kerja yang anda boleh cipta sendiri dengan menjual produk fizikal. Sebagai contoh anda boleh menjual produk kesihatan atau dropship sahaja seperti yang saya lakukan. Dalam hosting yang sama, saya cuma beli nama domain dan pasangkan blog wordpress. Tiada penambahan kos untuk hosting kerana ia memang boleh masuk banyak domain.

Mula – mula dulu pekerjaan menulis blog ini tidak lebih dari sekadar kerja part time sahaja. Pada masa itu saya mempunyai kerja makan gaji. Akan tetapi dalam tahun 2009, arwah ibu saya sakit dan saya mengambil keputusan berhenti kerja dan menjaga ibu. Sewaktu itu saya sudah mempunyai sedikit pendapatan dengan membuat blog iklan, blog review produk yang saban bulan dapat menghasilkan pendapatan. Waktu itu kuasa beli rakyat Malaysia secara online masih rendah lagi, pendapatan pun tak sepower sekarang.

Masalah Tiada Kerja Kosong Tiada Lagi

Kini hasil maintain sekitar 2 blog menjual produk kesihatan adalah sekitar RM5000 ke RM6000 setiap bulan. Blog iklan ni sekitar RM100 sebulan. Produk review adalah sekitar RM3500 sebulan. Dan service menulis artikel sekitar RM4000 sebulan. Memang sehingga kini, tiada masalah tiada kerja kosong lagi.

Kalau dulu saya yang mencari kerja kosong, namun kini giliran saya pula mencipta kerja kosong kerana kerja yang saya miliki ini sudah bertambah dan mula menghasilkan laba. Pelanggan ramai dan saya kekurangan tenaga kerja untuk terima job yang banyak. Jika kerja menulis, saya cuma hadkan seminggu 1 pelanggan sahaja. Bukan itu saja, kadang-kala ada saja yang minta binakan website, itu minima RM2000 memang tak lari.

Upsell ke penulisan artikel untuk dapatkan pelawat dari Google dan upsell untuk sediakan email marketing, itu boleh menyumbang kepada minima RM2000 lagi dalam 1 service yang sama iaitu service membuat website. Penghasilan duit sebenarnya mudah jika anda tahu cara sebenar.

Jom Baca : Cara Buat Blog

 

Sejak tahun 2010 saya telah berhenti mencari kerja kosong kerana telah menemui kerja sebenar yang merupakan passion dalam diri saya. Anda juga sebenarnya mampu untuk keluar dari masalah sukar mendapat kerja kosong dengan mencipta kerja anda sendiri.

 

Video Tutorial Cara Buat Income USD PERCUMA
Masukkan Email Sebenar Anda Dan Klik Saya Nak!
Privacy Anda Dilindungi, Tiada SPAM Akan Dihantar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *