Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis

Peria Katak?? Ermmm.. Ini bukanlah sayur yang abam benar-benar suka. Tapi abam akan makan peria katak mungkin sebulan atau dua bulan sekali. Sebab ada penawar dalam peria katak ni. Disebabkan itu abam takde masalah bila lauk peria di hidangkan. Abam akan cakap ni penawar ni risiko yang aku bawa. Well agak-agak kenapa korang cari info pasal peria katak ni ye?

Asalnya kerana kedua ibu abah den ada kencing manis. Ayah meninggal disebabkan komplikasi buah pinggang akibat penyakit kencing manis. Ibu juga meninggal atas sebab komplikasi yang disebabkan penyakit kencing manis. Jadi RISIKO penyakit kencing manis juga berpindah kepada Abam dan adik beradik yang lain.

Sejak sekolah lagi, lauk peria katak ni sentiasa ada dalam menu kami sekeluarga. Arwah emak sentiasa menjaga pemakanan kami kerana kami juga membawa genetik kegemukan juga. Arwah datuk sebelah emak meninggal disebabkan serangan jantung. Jadi kami semuanya ada masalah yang sama, risiko yang sama.

Kadang bila balik sekolah, tekak haus. Buka peti ais cari air manis, tengok air teh o. Dengan condifennya abam teguk. Sering kali juga abam luahkan balik ke jambam. Sebabnya ia bukanlah air teh o, tetapi air rebusan akar bakawali atau rebusan daun betik tua. Antara keduanya, air rebusan bakawali adalah yang paling pahit. Pahitnya walaupun dah ambil sesudu gula untuk dikemam, pahitnya berjam-jam nak hilang jika tak makan sesuatu.

Jadi setakat peria katak, apa barang. Tak pahit mana pun. Tapi cuma baru-baru ni saja bila abam ada kawan dengan doktor, abam tanya nilai perubatan pada peria katak ni pada dia. Member abam ni bukan kerja rawat orang, tapi dia pakar pemakanan. Dia bagitahu..

Khasiat Peria Katak

Peria Katak mempunyai sumber perubatan yang mana ia mengandungi insulin yang di perlukan badan. Bagi pesakit kencing manis, insulin dalam badan sudah tidak berkesan keatas gula yang di ambil. Oleh itu insulin yang terdapat dalam peria menggantikan insulin yang tidak lagi dihasilkan badan. Sebab itu pengambilan buah peria dalam menu harian adalah penting bagi pesakit kencing manis.

Ohhh patutlah sayur peria katak ni merupakan menu wajib di rumah. Tapi itu dulu waktu budak-budak abam manalah tahukan. Tapi secara tak langsung makanan yang sering orang elak seperti peria katak, petai, jering, kerdas dan ulam-ulam tidak dimasak menjadi pilihan dalam lauk pauk harian abam. Satunya abam tahu ada nilai perubatan didalamnya jadi sementara abam makan gulai kawah, abam ambil sekali penawar untuk tubuh.

Jadi Dalam Entri Ni, Abam Nak Share Resepi Lauk Pauk Peria Yang Biasa Abam Makan

  1. Peria Katak Goreng Telur – Ini yang paling feveret sebab dia senang nak disediakan. Macam goreng kobis juga, dan akhirnya pecahkan telur digaul rata. Peria goreng telur ni baik bagi ibu-ibu yang nak ajar anak-anak makan peria supaya dah besar nanti mereka tiada halangan untuk ambil lauk ini.
  2. Peria Katak Masak Lemak Udang – Ini pun feveret juga… haha.. Cara buat dia abam xtau.
  3. Peria Katak + Nenas Lemak Ikan Masin – ni lagi advanced, abam taktau resepi dia tapi abam pernah makan
  4. Peria Goreng Tepung – Kalau di kedai mamak, sama ada peria goreng tepung yang macam keropok garing atau peria telur. Paling biasa di kedai mamak.
  5. Peria Masak Taucu Dan Ikan – Biasanya orang masak taucu dan letak timun, tapi anda boleh letak peria
  6. Peria rebus – cicah sambal belacan, nasi panas. NYUM!!

Kalau nak membudayakan masakan peria dalam rumah. Kalau 10x masak, 10x juga tak habis. Itu tandanya keluarga anda masih belum boleh menerimanya. It’s ok. Anda boleh guna cara ini.

Cara Hilangkan Pahit Peria

Potong kecil kecil dan rendamkan dalam air sejuk 30 minit. Rasa pahit akan hilang. Anda juga boleh belah dua dan rebuskan bersama sedikit garam untuk hilangkan rasa pahit. Selepas itu baru di potong dan dimasak lauk kegemaran anda.

Dengan cara ini anda boleh didik anak-anak supaya tidak anti pada khasiat peria katak ini. Bila adanya hidangan peria selalu dimeja dan rasanya tidak pahit, soal penerimaan pada anak-anak menjadi lebih mudah.

Bagi yang memang telah mengidap penyakit kencing manis, anda juga boleh menggunakan jus peria katak dan epal hijau yang dikisar bersama sebagai kaedah menurunkan bacaan gula dalam darah. Seperti yang doktor cakap tadi, ia membekalkan insulin untuk mengawal gula, manakala epal hijau juga mempunyai kesan sama dan berbagai kelebihan bagi sistem badan.

Kalau dulu memang abam rajin makan sayur sebab arwah emak selalu masak sayur peria dalam hidangan harian. Kalau hari-hari jemu jugak. Tapi bagi orang yang memang perlukan, memang TERPAKSA suka walaupun tak suka. Macam abam ni yang tak berapa suka bila dah lama tinggal, dah kena jaga kesihatan. Dulu-dulu orang cakap risiko terkena penyakit berbahaya pada usia bermula 40. Tapi dah umur 35 ni pun dah kena ambil berat, sebab dah banyak didengari budak-budak atau remaja hidup bergantung dengan insulin kerana sakit kencing manis.

Maknanya risiko mendapat kencing manis semakin tinggi walaupun pada usia awal 20an. Dan abam mengaku memang abam tak jaga kesihatan, peria punya cerita ni pun abam cerita kerana terbaca info tentang peria katak yang berkesan ubati kencing manis. Lantas terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca sekalian.

Alhamdulillah, abam dah pun berjumpa dengan penawar kencing manis ni. Bukan minta tapi dah ada sintom, jadi lebih baik berhati-hati. Nak kata makan peria katak selalu, tak lah juga. Sebab kalau peria ni dia cuma bekalkan insulin. Itu tak bersifat penawar pada abam. Yang bersifat penawar adalah yang berkesan elokkan balik organ pankreas yang bertanggungjawab hasilkan insulin untuk badan. Itu barulah penawar sebenar.

Penawar sebenar ni dia beri kesan cepat, seperti yang kita tahu, mata menjadi kabur adalah salah satu tanda penyakit kencing manis, lepas makan sesudu sebelum tidur. Esoknya mata jadi terang dan semua benda jadi HD, badan bertenaga sampai lupa nak ambil makan dari pagi sampai ke petang.

Nama Penawar Ini Adalah Vivix

Ya Vivix ni ada Pati Resveratrol (Extract 4 Berry) yang berkesan “memudakan sel“. Abam try explain sel ni macam mana ye. Katakan anda makan kolegen untuk nampak cantik, dalam 3 minggu kulit muka akan lebih cepat nampak cantik dan tegang berbanding pada bahagian perut. Sebabnya pembaharuan sel pada muka cuma ambil masa 21 hari. Sedangkan pada bahagian perut, ia ambil masa 90 hari ke 120 hari untuk berubah menjadi cantik dan gebu.

Vivix akan memudakan sel organ seluruh badan sebenarnya. Dan organ dalaman kita semuanya ambil 120 hari untuk diganti dengan sel baru. Sel yang diganti ni telah di “refresh” maknanya ia sel baru yang muda lagi sihat. Tidak seperti sebelum ini sel baru yang dihasilkan badan telah terjejas. Selepas 120 hari, keseluruhan tubuh akan bertukar muda dan baru. Jika ada masalah jantung, ia pulihkan. Jika ada masalah buah pinggang bocor, vivix bina buah pinggang baru sehingga tiada cacat pada buah pinggang suami kakak ini seperti dalam video dibawah.

Dan sama konsepnya dengan organ pancreas kita. Ia jadikan ia elok semula. Bila elok, insulin badan dapat berkesan semula keatas gula yang diambil. Jadi peria katak ni boleh excuse la.

BTW jika berminat nak tahu lagi tentang Vivix, anda boleh semak link dibawah

Khasiat Vivix Untuk Pesakit Kencing Manis

Alhamdulillah, abam dah pun berkongsi kelebihan buah peria katak. Sekarang terpulang kepada anda untuk pilih penawar sebenar. Jadi sama ada vivix atau pun peria katak jawapan bagi sebenar hanya terletak kepada diri anda sendiri.  Assalamualaikum. Jumpa lagi dalam entry lain.