Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pencarian tentang waktu subur wanita mungkin ada kena mengena dengan carian berkaitan “Solusi Kesuburan” kami. Dengan menggunakan Set Kesuburan Shaklee, Insyaallah akan berikan kesan cepat mengandung. Akan tetapi adalah penting sebenarnya untuk mengetahui waktu subur isteri supaya impian memiliki cahaya mata dapat di reslisasikan. Penggunaan produk hanya untuk memaksimumkan peluang hamil, akan tetapi jika suami tidak memahami tentang waktu subur wanita akan sukar untuk fahami bagaimana sebenarnya proses kehamilan itu berlaku.

Untuk mengetahui bila waktu subur bagi wanita adalah penting untuk faham tentang kitaran haid isteri anda. Sebagai suami, kita sering di ingatkan oleh ustaz-ustaz dalam ceramah di tv, surau, masjid, dan berbagai majlis ilmu, apabila sampai pada tajuk “alam rumah tangga” pasti perkara yang paling disentuh adalah waktu isteri datang bulan. Perkara ini sangat penting supaya suami dapat memahami hikmah datang bulan pada isteri.

Dalam keadaan ini, isteri anda dalam keadaan lemah dan tidak sihat. Dan keadaan ini adalah satu keadaan yang mana suami perlu belajar banyak bersabar dalam melayan kerenah isteri masing-masing. Akan tetapi keadaan ini lebih teruk dan berpanjangan bagi kehamilan pertama. Jika anda merasakan sudah bersedia dan sudah lali dengan isu datang bulan isteri, isu memiliki anak pula sering bermain difikiran. Tidak mengapa, mari kita berfikiran positif dan bersangka baik dengan Allah maha pencipta. Mungkin ada hikmah yang lebih baik untuk kehidupan kita.

Adalah Penting Fahami Waktu Subur Wanita

Jika menginginkan anak adalah harapan anda, jadi pasti anda ingin mengetahui tips-tips waktu subur isteri kesayangan anda. Sewaktu saya berjaya hamilkan isteri, saya tidak sedar bahawa, perkara yang betul telah dilakukan. Saya hanya menyedarinya apabila terdengar bicara doktor di radio tentang amalan dan tips yang boleh di ikuti apabila anda berhasrat ingin mendapat anak. Itupun selepas isteri hamil 2 bulan.

Tips Merancang Kehamilan : Kenali Waktu Subur Wanita

Perkara paling penting adalah dengan mengetahui waktu subur isteri anda. Saya ada siapkan detail tentang kiraan waktu subur wanita, didalam video dibawah.

Dalam video ini, saya tunjukkan 4 stage bagi mengenali kesuburan wanita. Kiraan atau biasa disebut kalkulator waktu subur dan pengiraan waktu subur selepas haid.

Cara Kira Waktu Subur

Kitaran Haid bagi wanita normal adalah 28 hari. Manakala jumlah hari kesuburan yang anda ada cuma 1 minggu.

Stage Pertama : Hari Pertama Datang Bulan Merupakan 1hb Bagi Kitaran Haid Isteri. Biasanya wanita datang bulan dalam 4 hingga 6 hari bagi yang sedikit. 7 ke 9 hari bagi yang banyak. Kedua-dua situasi ini adalah normal. Situasi ini sebagai orang islam, ianya adalah haram untuk melakukan hubungan badan.

Stage Kedua : Waktu Bersantai. Kebiasaan, bagi wanita yang datang bulan sekitar 7 hari, mereka mempunyai sekitar 7 hari lagi untuk berasmara berkali-kali dan setiap hari. Hal ini tidak dapat dinafikan terutama bagi pasangan pengantin baru. Akan tetapi seks yang kerap tidak baik jika anda mahukan zuriat. Ini kerana proses persenyawaan juga menyebabkan kesihatan ibu biasanya menurun. Perubahan hormon memainkan peranan penting.

Stage Ketiga: Waktu Subur Wanita. Ini adalah waktu dimana sesuai untuk berasmara. Menurut Doktor di rancangan radio yang saya dengar:

Waktu subur bagi wanita yang haidnya normal adalah pada hari ke 11 hingga ke 16. Yang paling tepat adalah hari ke 14. Iaitu kiraan kalkulator subur adalah dari pertama datang bulan. Jadi pasangan disarankan untuk bersama 2-3 hari sekali.

Bukannya hari 14 tu anda lanyak isteri cukup-cukup. hehehe.. Jadi pada waktu ini kesabaran pada pasangan baru berkahwin adalah penting. Bagi lelaki anda mahu mengumpulkan sebanyak mungkin air mani dan sperma bermutu. Ini masanya anda gunakan kesempatan di waktu subur wanita apabila dah tahu ilmu hamilkan isteri.

Salah satu cara untuk mengesan yang isteri anda sedang subur adalah semasa bersama, anda akan mengesan yang isteri mengeluarkan lebih banyak cairan. Cairan ini dinamakan “cecair subur wanita”. Cecair inilah yang akan membawa sperma ke ovum didalam rahim wanita. Waktu ini, peratusan hamil adalah 83% mengikut kata doktor tersebut.

Saya teringat memang saban bulan ada melalui masa yang mana cecair ini keluar pada hari subur. Tetapi ia memang berlaku sehari itu sahaja. Iaitu pada hari paling subur bagi isteri. Cecair subur ini berupa sebijik seperti putih telur. Pada waktu ini, anda mahu “pancut” dalam-dalam.

Stage 4: Waktu Tidak Subur Wanita. Ya selama 2 minggu iaitu pada hari ke 17 hingga 28 adalah masa menikmati semula hubungan cinta. Dalam masa 2 minggu, anda boleh lihat tanda-tanda perubahan hormon kepada isteri. Antara perubahan hormon adalah berlaku peningkatan hormon wanita yang mendadak. Buah dada dan puting susu biasanya menjadi sangat sensitif dan ada kalanya bengkak kerana hormon wanita yang banyak dihasilkan bagi tujuan mengadakan kilang susu. Itu adalah antara tanda hamil 1 minggu ke 2 minggu.

Jika isteri berjaya hamil, tahniah saya ucapkan. Jika masih gagal, jangan berputus asa. Kerana kadang-kala kita tak sedarpun yang kita ada “masalah kesuburan” kerana ia bukan masalah yang memberi rasa “sakit” secara fizikal. Namun sebelum berundur, ingin sekali saya kongsikan video testimoni saya sendiri dalam takhluk manfaat produk set kesuburan shaklee. Namun dari masalah itulah, saya berjaya hadapinya dan ini masanya untuk saya bantu tuan puan yang perlukan solusi. Sama sekali tidak menuding jari kepada siapa yang bermasalah. Sebaliknya, sama-sama berusaha untuk mencari jalan keluar.

Mengenali tentang istilah kesuburan merupakan satu misteri. Ia benar-benar menguji bagi ingin berusaha. Namun tanpa faham apa yang terjadi, mana mungkin kita tahu bila masa sesuai untuk hamilkan isteri. Dengan mengatahui waktu subur wanita barulah kita tahu, yang kita juga lelaki hebat yang mampu menggongcangkan dunia, siapa tahu???