Kanser Payudara – Punca Dan Pencegahan

Assalamualaikum Wbt & Hello.

Harini abam nak umumkan bahawa satu Ceramah Tentang Kanser Payudara – Punca Dan Pencegahan akan berlangsung di DQLS,  USJ 9. Ceramah ini merupakan acara bulanan Supermom dalam membantu beri pemahaman kepada ahli kelab dan orang ramai.

Anggota Supermom sendiri merupakan 90% wanita. Oleh itu ceramah seperti ini sememangnya elok supaya kesedaran tentang kanser payudara dapat di tingkatkan.

Sikitlah yang abam pernah baca tentang kanser payudara ni adalah ia penyakit genetik dan juga akibat persekitaran. Kalau genetik, seperti kisah Actress terkenal Angelina Jolie yang terpaksa buang kedua buah dadanya kerana mempunyai 87% kemungkinan beliau akan mendapat kanser payudara. Puncanya sehingga 87% adalah kerana nenek, emak dan makciknya meninggal dunia disebabkan kanser payudara. Takut betul dengarnya.

Kemudian 2 tahun kemudian, Angelina Jolie sekali lagi membuang saluran peranakan dan juga ovari kerana mengalami kesan yang “tak best” dan apabila buat checkup memang ada kanser. Pendapat abam, benda yang tak jadi lagi memang tak perlu. Tapi tengoklah, tempat yang tak jadi dibuang, tempat yang jadi pun kena buang.

Dan abam pasti dia ada reason dia sendiri. Doktor dia pun memang dah beri nasihat kot sebelum buat pembedahan buang tu. Abam nak komen lebih-lebih pun bukan abam ada info dan kemahiran tentang Pencegahan Kanser Payudara ni, al-maklumlah lelaki kurang risiko.

Jadi, kalau anda berstatus ibu-ibu wajiblah hadiri kelas ini. Berminat sila hubungi no telefon di atas. Assalamualaimum.

***Ads***

Set Kesuburan Shaklee – Bantu Lelaki Dan Wanita Bermasalah Hasilkan “Anak”