Jom Follow Kempen #Superstar – Jaga Kesihatan Lebih Baik Dari Membeli Insurans

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Mana Lebih Penting? Jaga Kesihatan Atau Beli Insurans?

1st time saya baca ayat diatas memang ada benarnya, jika di beri pilihan saya mahu menjaga kesihatan. Akan tetapi jika di tanya yang mana lebih mudah dilakukan, jaga kesihatan atau beli insurans? Tentulah beli insurans lebih mudah. Kemasukan hospital lebih mudah dan layanan kelas pertama.

Tapi ada tak “good thing” lain yang insurans anda tawarkan. Anda boleh jawab apa saja jawapannya, tapi saya tetap berpegang pada prinsip:

Bila Hang Beli Insurans, Allah Bagi LAH Penyakit, Kalau Tak Sia-Sia Je Hang Bayar

Nampak tak? Beli insurans ni seperti minta-minta dapat penyakit, minta dapat sakit dan minta ditimpa kemalangan. Untuk apa? Supaya dapat layanan kelas pertama, dapat makan sedap walaupun dah koma.

Dapat Tanggung Kos Perubatan Dan Tenaga Pakar Yang Mahal

Ini jawapan yang paling common. Berbeza dengan orang yang menjaga kesihatan mereka perlu tambah senaman dan makanan yang menyihatkan. Sebabnya nak pastikan keperluan badan dapat dipenuhi. Namun kita sebenarnya terlepas satu lagi kategori iaitu orang yang menjaga kesihatan, namun dari segi pemakanan tidaklah terlalu menjaga. Tidak bersenam tetapi masih mampu kekal langsing dan kesihatannya terjaga. Siapa mereka ni, nanti abam reveal.

Apa hal cerita pasal jaga kesihatan lebih baik dari beli insurans? Nak cari gaduh dengan orang insurans ke?

Pada abam, betul wat? Dan abam still pegang kata-kata diatas. Btw abam sebenarnya orang pertama terpilih untuk hasikan sebuah entry tentang “Menjaga Kesihatan Lebih Baik Dari Membeli Insurans“, cabaran dari Blog Superstars, penganjur kempen ini. Tujuannya untuk mempromosikan kempen menjaga kesihatan supaya kita tidak terus menerus membayar untuk perkara yang kita tidak tahu apa akan jadi di masa hadapan.

Menjaga kesihatan biasanya dikaitkan dengan pola pemakanan yang sihat disamping ada aktiviti senaman. Jika anda dalam range ini tahniah kerana berjaya menjaga kesihatan. Namun mengutamakan makanan sihat bermakna anda hanya mengambil makanan yang bebas GMO iaitu ia bukan dari “pengubahsuaian genetik dan disuntik hormon” seperti ayam pedaging yang kita makan harian. Ayam asalnya bertubuh kurus. Tetapi ayam pedaging lebih banyak isi, lebih gemuk dan cepat membesar. Berbanding ayam kampung yang merupakan baka asli ayam, ianya lebih kecil dan isinya lebih enak. Pemakanan ayam kampung pula dengan sumber organik dan lebih mahal harganya.

Pilihan untuk menjaga kesihatan dengan makanan yang bebas pencemaran GMO jika 30 tahun ke 50 tahun lalu adalah murah dan mudah untuk di amalkan oleh rata-rata penduduk malaysia. Namun bila negara membuka pintu untuk menjadi negara maju, sebenarnya lebih banyak keburukan yang ditanggung. Antaranya rakyat terpaksa menerima akibat dari penghasilan bermacam produk “berteknologi” seperti teknologi sejuk beku, teknologi pengawet yang akhirnya membawa kepada kemusnahan genetik rakyat dengan pertambahan jumlah pengidap penyakit berbahaya seperti kanser, penyakit 3 serangkai dan komplikasi yang diakibatkannya. Lebih membimbangkan adalah kemunculan banyak penyakit baru yang masih belum ada penawarnya.

Berbanding dengan membeli insurans, ia adalah pilihan yang lebih mudah untuk mereka yang tiada masa untuk menjaga pemakanan. Namun itu bukan halangan untuk menjaga kesihatan dengan aktiviti bersenam dan riadah yang dapat menghilangkan stress dan meningkatkan kualiti hidup. Namun soal penjagaan kesihatan adalah amalan yang terakhir dititik beratkan bukan saja pembeli insurans tetapi orang yang tidak membeli insurans juga. Persamaan akhirnya, kita semua terdedah kepada penyakit berbahaya. Dan yang membezakannya adalah cara penyakit itu di rawat dan bentuk layanan semasa rawatan.

Namun seperti yang abam cakap, ada satu lagi katogeri yang masih “survive” dalam amalan hidup tidak sihat yang tidak dapat dielakkan ini. Mereka ini masih makan makanan yang tidak sihat, masih kurang bersenam, gaya hidup yang sibuk tetapi dilindungi oleh satu lagi bentuk “insurans”. Insurans yang ternyata beri perlindungan sebenar kepada pengambilnya.

Jika anda membeli medical insurans, anda membayar untuk perkara yang akan datang. Iaitu sewaktu penyakit sudah berbagai dan lama kelamaan menjadi kronik. BETUL?

Cuba anda tanya penjual insuran anda, selain insurans nyawa. Adakah lepas sign borang, balik tu anda dapat serangan sakit kepala yang teruk, agak-agak insurans dah mula cover ke sakit anda tu? Biasanya hanya selepas 1 bulan ke 3 bulan anda membayar tanpa miss barulah perlindungan anda di aktifkan.

Jadi apa akan jadi jika dalam tempoh 1 ke 3 bulan belum aktif, anda ditimpa kemalangan atau mendapat sakit kronik?

Tiada perlindungan kerana “on paper” sudah nyatakan begitu. Anda sign bermakna anda setuju dengan terma-terma mereka.

Berbanding dengan Insurans Sebenar ini, ia jaga anda setiap masa.

TIADA JAWAPAN,

Kami tak cover masalah/penyakit anda yang lepas atau baru-baru ini.. 😉

Dan ini adalah jawapan, untuk katogeri tak jaga kesihatan tapi masih sihat dan cantik.. Sejenis perlindungan sebenar, yang jaga anda setiap masa; malah pada hari pertama anda “sign” lagi.

Insurans Ini Bertindak Jaga Kesihatan Anda

Insurans Ini tidak seperti insurans yang biasa anda dengar, jika polisi insurans yang anda ambil sekarang menggunakanTEMA :

Kami Jaga Anda 1st Class Di Hospital

Tapi Insurans INI :

Ia Jaga Kesihatan Anda 1st Class

NAMPAK Ke NAMPAK?

Tiada perkataan “Hospital” pada insurans ini. Ianya adalah sebuah insurans yang dicari-cari selama ini..

Abam Juga Masuk List Mereka Yang “Tak Jaga Kesihatan” Tapi Masih Maintain..

Abam adalah pengguna suppliment dan multivitamin. Walaupun tak bersenam, tetapi sihat. Walau tak jaga pemakanan, ada suppliment yang sedut lemak supaya tak diserap badan. Kalau makan karbo banyak masih ada jenis-jenis protection yang boleh suppliment ini bantu.

Malah sayur yang di makan, tercemar pada racun serangga, bertoksik dan tiada perkataan GMO. Bila dimasak vitaminnya hilang, maka anda tak dapat keseluruhan manfaat yang ditawarkan. Kerana itu penggunaan multivitamin adalah penting.

Hasilnya orang-orang yang mengamalkan suppliment adalah mereka yang lebih happy, tidak bergantung pada ubat hospital yang biasanya dadah dan mempunyai kesan sampingan. Jarang dihinggapi penyakit berbahaya. Mempunyai “Aura” yang kuat. Orang lihat seperti “memakai” bagi pengguna suppliment dan multivitamin ini. Kerana mereka kelihatan sangat cantik dan berseri-seri. Manakala lelaki pula mempunya wajah tampan, manis, berseri dan orang suka memandang.

Tarikan itu datang dari kesihatan dalaman yang berada dalam keadaan yang terbaik. Auranya memancar keluar. Dan pengguna yang berlindung dalam insurans jenis ini sentiasa mempunyai nilai kehidupan yang lebih baik.

Kat sini sebelum abam buat kesimpulan, Sebenarnya dalam entry tentang Menjaga Kesihatan Lebih Baik Dari Membeli Insurans ini abam diminta share apa suppliment yang abam makan. Sebenarnya ada banyak tapi yang pertama ni abam nak cerita satu je dulu.

Abam Guna Vivix

Abam malas nak cerita lebih sebab abam ada cerita lebih-lebih dalam entry “Peria Katak – Ubati Kencing Manis” yang merupakan antara task yang perlu dibuat untuk menyertai kempen ini. Kena letak gambar bukti produk yang abam makan memang satu lagi bukti yang abam tak “propah” lebih.

Dan seterusnya bagi menjamin keberkesanan kempen ini diteruskan oleh blogger-blogger Superstarss, jadi abam DIWAJIBKAN untuk tag sebuah blog untuk teruskan MISI ini. Sampaikan Kesedaran Ini..

Abam Tag Blog Sarah Hana – salah seorang rakan Blogger Superstars juga.

Baiklah, tugas abam sebagai pemula cabaran dah pun dilaksanakan. Seterusnya Fiza Superstars pemilik blog Sarah Hana dipersilakan untuk menyahut cabaran Menjaga Kesihatan Adalah Lebih Baik Dari Membeli Insurans. Semoga kempen ini dapat membuka mata masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan. Dan jangan lupa cek entry peria katak abam. Ini salah satu cara jaga kesihatan yang arwah emak abam lakukan.

Dia Jaga Kesihatan Seluruh Keluarga Kami.. 🙂

Pastikan anda semak entry peria tu ye, dan pastikan anda Like, Share Post ini selepas baca. Supaya kempen menjaga kesihatan lebih baik dari membeli insurans ini sekurang-kurang membuka minda pembaca tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan. Assalamualaikum, dan jumpa lagi dalam entry yang akan datang.