Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Semalam hari pertama persekolahan, pasti banyak ragam anak-anak yang masuk darjah 1 mahupun tadika. Pagi hujan lebat, den lopeh hantar bini kerja di bangi avenue, den balik dan buat kerja-kerja menulis blog. Alhamdulillah harini den cek “bounce rate” website turun bila den masukkan call to action. Pada site wide blog perniagaan den. Biasanya dalam seminggu bounce rate melambung dari 81% ke 82%. Apa saja yang lebih 80% ia tak bagus. Namun terkejut den baru cek tadi ni, dalam tempoh 10 jam dah turun 80%, syukur Alhamdulillah.

Kenapa bounce rate tinggi tak bagus untuk website? Jom Semak Pos Ini : Kepentingan Merendahkan Bounce Rate Untuk Kekal Relevan Di Carian Google

Ok ceritanya lepas siap kerja menulis, perut lapar lite-lite. Tekak teringin sesuatu yang manis. Tapi manis sangat pun tak bagus, lantas terciptanya “Creme Caramel – Kurang Manis” ni. Den kerja memang dari rumah je, semenjak lepaskan kedai chicken chop di sentul, den sekarang ada banyak masa terluang untuk membuat kerja-kerja menulis. Kalau dulu seminggu 3 article belum tentu. 1 Article pun bersambung-sambung. Kadang tengok je, baca balik apa yang ditulis. Kemudian tutup komputer, otak blank jadinya, idea tak mai. Oleh sebab itu den suka memasak sebagai salah satu cara den isi masa dirumah.

Nama pun tokey kedai makan, dah tentu memang pandai masak. Cuma kadang-kalanya sebab kita try dan error baru kita dapat resepi kita sendiri.

Orang Melayu Masak, Pakai Agak-Agak Saja. Tiada Sukatan Yang Betul.

Itu yang den belajar dengan Arwah Emak dulu. Den hari-hari teman emak buat kuih dan bantu apa yang patut. Banyak resepi-resepi killer yang arwah emak turunkan tanpa sedar dan den berjaya kuasainya. Tapi den akui, den problem kalau buat benda-benda yang konsep pastry dan cake. Den tak minat, den lebih suka yang savory iaitu jenis masak lauk pauk ni. Lagi satu cake biskut ni bukan kita buat atau makan hari-hari.

Tapi nasi dan lauk pauk ni memang masakan harian yang buat kita lebih mahir. Sebab itulah puding karamel ini ada kekurangannya. Kerana ini baru 3 kali den belajar buat. Kekurangannya adalah rasanya kasar dan tak halus. Berbanding minggu lepas den buat guna sebiji telur, rasanya sangat halus dan creamy. Kat mana silapnya.. den masih mencari jawapan. Biasanya lepas tulis, otak den berfikir mungkin dapat merungkaikan sebabnya.

Serasanya, jumlah telur yang den guna adalah puncanya. Sebelum ni sebiji telur, setengah tin susu cair dan 50ml krim. Larutan tersebut lebih cair dan ambil masa untuk masak.

Kali ini, den nak buat banyak sikit. Jadi den guna 4 kuning dan 3 putih telur. Dan lepas dan bancuh dengan susu cair den perasan yang larutan ni menjadi pekat. Nyosal tak add susu HL yang bini den salah boli semalam. Dia nak yang coklat, tapi terambil yang putih. Tapi dari kesalahan inilah den belajar yang larutan “custard” seperti creme caramel ini (susu + telur) akan tetap memejal apabila dipanaskan.

Bezanya adalah waktu memasak akan jadi lebih lama jika larutan ini lebih cair. Point kedua ia tidak halus kerana saya tidak tapis dahulu larutan ini. Liang udara yang terhasil pada creme karamel ini adalah disebabkan buih yang terhasil semasa kita pukul gula dan telur. Apabila dimasak hasilnya menjadi berbintik. Kalau pada kek ia jadi gebu, tapi kalau pada creme caramel ia jadi kasar.

Terlebih telur akan jadikan ia lebih cepat memejal, dan jika terlebih masak ianya jadi keras dan tidak gebu. Itu adalah hasil try dan error den harini. Ini adalah kali ke 3 den buat creme caramel dalam 3 minggu. Maknanya sebelum yang paling berjaya minggu lepas, ini yang paling terburuk hasilnya.

Kali pertama den follow Food Wishes di Youtube.

Kali pertama Den nak follow letak 4 kuning dan 1 putih telur. Tapi rasa membazir juga, gula pun banyak ikut video ni, jadi kali ni den guna 4 kuning dan 3 putih. Den masak gula tanpa air ikut video ni, tapi hasilnya mungkin sobab kali pertama dia dah melt den panaskan lagi sebab lupa nak pindahkan gula ke loyang. Hasilnya gula caramel tu jadi pahit. Tapi texture creme caramelnya masih lembut dan sedikit liang udara.

Percubaan kedua minggu lepas paling success bila den gunakan gula merah dicampur air. Namun larutan air gula ini cuma berwarna hitam, tetapi tidak membeku semula.

Minggu ketiga den guna gula putih + gula merah dan sedikit air. Hasilnya walaupun nampak gula ni menggelegak, tetapi rasanya tidak pahit. Masa masukkan kedalam bekas, ianya tidak berapa pekat. Jika dipanaskan 5 saat lagi mungkin ianya tidak akan bergerak setelah di tuang ke bekas kerana kandungan air telah berkurangan. Hasilnya gula karamel tidak pahit jika anda tersilap setting seperti saya. Malah nak cuci kuali pun senang.

Lepas tulis ni barulah fikiran den ceria sebab dah nampak apa silapnya. Silapnya jumlah telur terutamanya putih telur jika berlebihan ia akan cepat masak dan memejal. Dan den perasan dalam video diatas, campuran tu dia memang banyak buih, tetapi masa senduk kedalam bekas, 99% buih tu dah takde. Jadi den yakin dia memang tapis dulu larutan custard tu.

Malam Aktiviti Merasa

Bini den tanya kenapa keras tak lembut? Den jawap sebab telur terlebih dan terlebih masak. Separuh pun dah jemu. Tapi memang membazir kalau dibiarkan. Kemudian den tanya, try letak susu nak. Bini den angguk. Den ambil susu hl dari cawan dia dan tuang kepinggan ni. Suddenly rasa dia segar, sedap dan tak memuakkan. Rasanya terus jadi premium.

Creme Caramel den yang asalnya terburuk jika dilihat dari sudut creme caramel, tiba-tiba jadi rasa premium apabila sedikit pembaikan dilakukan. Ia bukan lagi tentang puding itu lagi, tetapi bila berkuah, ia jadi sedap dimakan bersama. Dan pagi ini bila den ambil sekeping lagi, den kurangkan 80% kandungan gula karamel untuk kurangkan rasa manis dan diganti susu HL. Kemudian den letak jalur sunquick passion fruit diatas susu tadi.

Dari segi presentation, ia terus jadi menarik. Dari segi rasa, ia beri rasa masam manis dan lemak. Jika dilihat ini merupakan proses pembikinan sesuatu resepi. Anda boleh try dan error sehingga anda dapat resepi milik anda sendiri. Sekiranya anda berkunjung kerumah saya, creme caramel bersusu mungkin di hidangkan. Dan sekiranya den buka restoran, ini merupakan salah satu menu yang akan dijual. Apa yang penting bila pelanggan merasa keenakkannya, mereka akan datang lagi sebab cuma ada 1 kedai sahaja yang menjual creme caramel bersusu yang sangat sedap.

+++++Detok Gula+++++

Info : Creme Caramel memang sejenis makanan pencuci mulut yang disukai ramai orang. Apa pun jenis dressert ia sering dikaitkan dengan rasa “manis” berpunca dari GULA. Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan ia menjadi racun didalam badan.

Seperti yang diketahui, gula yang tidak digunakan sebagai tenaga akan disimpan menjadi lemak. Jika nak bersenam malam lepas makan rasa macam tak sesuai pula. lagipun ia boleh mengganggu fungsi tidur. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil sesudu vivix yang membantu meneutralkan pengambilan gula disamping menyokong aktiviti pemulihan organ dalaman badan yang rosak akibat pengambilan gula yang berlebihan. Lepas makan creme caremal pastikan anda makan vivix.

Untuk Ketahui Kelebihan Lain Vivix Sila Semak Post Dibawah

Kelebihan Vivix Bagi Cegah Penyakit Kronik