5 Cara Buat Duit Dengan Youtube Selain Iklan Google

Cari cara buat duit dengan youtube? Nampaknya sudah jadi satu fenomena ya, tentang cara buat duit di youtube ni. Yang ramai orang nampak teknik buat duit dengan iklan youtube sahaja. Tetapi tahukan anda ada banyak lagi cara atau kaedah buat duit dengan youtube sebenarnya.

 

Kenapa Ramai Orang Nak Buat Duit Dengan Youtube?

 

Pada pendapat saya Azham Zanal, sebenarnya sebelum terjadinya Covid19, ramai orang tahu tentang peluang buat duit dengan youtube ni.

Akan tetapi, mereka semua tiada masa untuk lakukan perkara ini. Masing – masing sibuk dengan aktiviti harian seperti kerja, belajar dan berniaga.

Saya juga begitu mempunyai keinginan untuk menjadi youtuber. Tetapi kesibukan kerja sentiasa melanda.

 

Bagaimana Cara Jana Pendapatan Dengan Youtube?

 

Sebelum kita memasuki kepada perkara yang lebih deep, suka saya menerangkan tentang beberapa istilah dalam youtube. Contohnya istilah “Youtuber” adalah bermaksud seseorang yang sedang membuat duit di youtube dengan cara memuat naik video yang dirakamkan sendiri.

Mereka ini menerima pendapatan melalui Iklan Google Adsense dan juga berdasarkan jumlah view. Mengikut pencarian saya di Google adalah seperti gambar dibawah.

 

Untuk video view, anda biasanya boleh dapat antara USD 3.00 hingga USD 5.00 bagi setiap 1000 view. Manakala untuk iklan pula anda dibayar sehingga USD18 untuk 1000 view iklan video yang dimainkan melebihi 30 saat.

 

 

Pengiklan masih dikenakan caj untuk link yang diklik atau lain – lain bentuk user interaction seperti like dan subscribe walaupun pelawat klik sebelum 30 saat berakhir.

Menurut Abang Gan yang merupakan penulis Ebook Mudahnya Jadi Youtuber, beliau menyatakan yang anda dibayar sehingga 55% dan Google mengambil 45% dari apa yang dibayar pengiklan.

 

 

Jika anda berminat untuk belajar selok belok cara buat duit dengan youtube, Ebook & Video panduan ini seharusnya dimiliki.

Semak dahulu Review Ebook Mudahnya Jadi Youtuber Bersama Abang Gan Pandu Laju disini.

Okey tak lengkap juga untuk salurkan info terpenting tentang cara buat duit dengan youtube yang menjadi sebab anda mencari info ini.

Tanpa berlengah, seterusnya adalah seperti tajuk entry ini iaitu 5 cara buat duit dengan youtube selain dari pengiklanan Google.

 

Haaa kiranya dengan adanya medium seperti youtube anda boleh dapatkan pelbagai sumber income dari penghasilan video – video bermutu. Yang pentingnya anda membina subscriber based dan juga konsistant.

Ini adalah serba sedikit yang saya tahu dan dah biasa dengar tetapi masih tidak ambil tindakan. Namun untuk ilmu yang lebih menyeluruh dan tips berguna dari pakar seperti Abang Gan Pandu Laju, anda akan diajar perkara yang berkesan sahaja.

Setelah anda mempunyai Channel Youtube yang mempunyai tontonan dan subscriber yang ramai, ini adalah kebanyakkan masanya anda akan berupaya menjana pulangan selain melalui iklan youtube.

Membership Site Patreon

Patreon adalah satu laman yang digunakan para infuencer membuat duit secara direct kepada subscriber mereka. Youtubers ini akan memberikan kandungan premium yang tidak boleh didapati dari youtube.

 

 

Ia seolah konsep tontonan berbayar. Mereka yang join patreon boleh menderma atau membayar untuk mendapatkan khidmat youtubers popular ini.

Program Affiliate Dan CPA

 

Program affiliate sangat popular digunakan bersama youtube. Sebagai contoh youtuber kesayangan anda membuat list top 5 alatan yang diperlukan untuk buat youtube. Contohnya mereka ceritakan tentang kamera yang mereka guna, lighting, gimbal dan pelbagai lagi perkara yang diperlukan untuk menjadi youtube.

Mereka kemudian memberitahu yang link bagi setiap produk terbaik yang mereka guna ada di senaraikan pada ruangan dibawah video. Anda pun klik link tersebut dan membuat belian. Setiap belian yang berlaku dari link youtubers tadi, mereka akan terima komisyen jualan.

Selain itu ada juga bentuk offer percuma seperti app download yang menggunakan konsep link seperti affiliate. Ini di panggil CPA Offer. CPA offer ada pelbagai dan anda masih boleh hasilkan wang dengan offer perkara percuma kepada penonton video.

 

 

Pelajari lagi cara buat duit dengan youtube dan clickbank. Clickbank adalah affiliate network terbesar didunia.

Semak Disini Untuk Detail Penuh

Sponsor Review

Sponsor Review pula merupakan cara buat duit dengan youtube yang paling lumayan. Ini kerana anda menerima bayaran serendah RM200 hingga ribuan ringgit bagi mempromosikan sesuatu produk. Disamping itu juga, anda menerima barangan percuma dari syarikat yang minta anda promosikan produk mereka.

Untuk info ada beberapa perkara yang anda kena ada sebelum anda membuka sponsor review atau diminta buat review. Contohnya target pelawat anda. Katakan anda membuat channel cara bersolek, tentunya penonton wanita adalah lebih ramai dari lelaki.

 

Syarikat yang menawarkan review ini biasanya syarikat yang berniaga dalam niche khusus yang sama dengan anda juga. Jadi subscriber dan penonton akan berminat mencuba produk – produk yang anda mention.

Untuk pengetahuan dalam Ebook Tulisan Abang Gan Pandu Laju, beliau ada nyatakan ciri – ciri channel youtube yang disukai pengiklan. Jika anda serius nak jadi youtubers, mestilah berguru dan belajar dari yang telah berjaya.

Dibawah ini adalah contoh video yang merupakan sponsor review untuk “Budget Action Camera” yang di review youtubers terkenal seperti channel Naz Abdullah yang mempunyai banyak subscriber.

 

>>Akaso V50 Elite Disini<<

>>GoPro Hero 7 Disini<<

 

Jualan Merchandise Dan Produk Sendiri

Jualan merchandise atau jenama anda sendiri tidak hanya dilakukan oleh influencer dari youtube sahaja. Tetapi di Facebook, Twitter, Instagram sering kali kita dapat lihat mereka mengeluarkan jenama sendiri.

Ia adalah perniagaan besar dan bernilai jutaan ringgit yang anda tidak harus lepaskan peluang ini. Jika sponsor review anda cuma dibayar sekali sahaja dari pengiklan. Akan tetapi dengan produk anda sendiri, anda simpan 100% atau lebih setiap kali pelanggan membeli.

 

Dah Nampak Kelebihan Buat Duit Dengan Youtube Niey?

Haha pinjam bahasa budak wechat sekejap.

Itu adalah keuntungan yang anda boleh dapat tidak hanya melalui iklan yang disediakan oleh youtube. Sebaliknya dengan pendedahan kepada jutaan orang yang menonton video anda, banyak lagi cara buat duit dengan youtube yang anda boleh cuba.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top