Cara Buat Blog didalam blog ini akan ajarkan anda untuk pasang blog wordpress yang di host sendiri didalam hosting. Untuk permulaan, suka sekali saya nyatakan beberapa perkara yang anda mungkin belum faham. Ini kerana cara buat blog ini sama sekali tidak sama dengan cara buat blog percuma. Penggunaan blog percuma terbatas dan tidak boleh menghasilkan projek sendiri.

Pengenalan Cara Buat Blog WordPress Selfhosted

Selfhosted – bermaksud ianya di hostkan sendiri. Berbanding blog percuma seperti blogger.com, ia sudah menyediakan “host” kepunyaan blogger.com.

Nama Domain – Nama domain juga perlu di beli sendiri. Berbanding blogger.com anda menggunakan nama domain blogger secara percuma.

Apakah Hosting ?

Saya umpamakan ia sebagai “Tanah Kosong“. Tiada pembinaan dan sebagainya. Hosting bertindak sebagai tempat semua kandungan yang anda paparkan kepada pelawat, disimpan. Dengan membina rumah diatas tanah kosong ini maka “hosting” anda pun wujud.

Hosting merupakan sistem server komputer. Ia mempunyai “hard disk” yang mana didalam harddisk ini mempunyai ruang. Ruang ini dibahagi – bahagikan kepada ramai pemilik website dan blog. Jika anda berkemahiran membuat server sendiri, kos permulaan anda akan menjadi sangat besar. Ini kerana hosting perlu “running” 24/7 dan tidak boleh off. Jika server anda “blackout” laman web anda juga tidak akan dapat dimasuki.

Untuk tujuan ini, kita hanya perlu sewa ruangan hosting. Ada hoster (syarikat hosting) yang beri anda sewa bulanan, dan paling biasa adalah tahunan. Kos sewaan adalah RM25 keatas untuk setahun.

Apa Pula Nama Domain?

Nama domain, saya umpamakan sebagai “Alamat Rumah“. Jika seorang rakan mahu menghantar surat kepada rumah ini, beliau mestilah mempunyai alamat rumah. Jika beliau mengirimkan sampul tidak beralamat, mana mungkin pihak pos dapat sampaikan kepada rumah ini.

Alamat bagi website dan blog adalah nama domain seperti blog ini, Sepencarian.com. Contoh lain adalah Google.com, Blogger.com. Secara mudahnya nama domain ini akan refer kepada kandungan dalam hosting anda. Bila adanya hosting dan nama domain, barulah anda boleh bangunkan sebuah blog atau laman web.

Cara Dapatkan Nama Domain Dan Hosting

Kebiasaannya, anda perlu beli ia. Jika nama domain sekitar RM50 bagi .com domain. Jika .net, org harganya lebih kurang sama. Namun untuk .my atau .com.my harganya lebih tinggi iaitu sekitar RM120 bagi sewaan setahun.

Hosting juga biasanya boleh didapati dari syarikat yang menjual domain juga. Pelbagai ciri yang ditawarkan seperti unlimited hosting. Namun sebenarnya ini adalah tidaklah unlimited. Saya lebih suka beli hosting yang katanya space 2GB, maka saya pun mendapat 2GB hosting. Harga bagi 2GB hosting sekitar RM30 ke RM50 sahaja.

Berbanding dengan Unlimited Hosting, , mereka kenakan harga yang lebih mahal. Space hosting anda dimulakan dengan 2GB, tetapi kerana anda beli unlimited hosting, maka ditulis “space anda adalah unlimited”. Space ini akan di tambah apabila jumlah penggunaan anda menghampiri 2GB. Maksimum penggunaan space anda sebenarnya unlimited. Tetapi apabila anda cuba melebihi quota yang mereka berikan, masa ini mereka akan beri sekali “Term of Service” yang biasanya memang kita tak baca semasa beli. Ia akan menunjukkan yang anda layak mendapat maksimum 5Gb atau 10GB hosting sahaja. Dan bukan unlimited. Unlimited itu cuma nama plan mereka. Jadi jangan terkeliru.

Saya suggest anda dapatkan hosting di Twopiz.com yang merupakan hosting malaysia. Mereka beri 2GB pada harga RM35 setahun dan nama domain sekitar RM45. Jadi total untuk adakan sebuah akaun hosting adalah RM80 setahun.

Semak video dibawah untuk melihat proses pembelian nama domain dan hosting dari Twopiz.com

Video Beli Hosting Dan Nama Domain

Baik, setelah selesai membeli nama domain dan hosting. Anda perlu menunggu sekitar 24 jam bagi membolehkan nama domain “bersatu” dengan hosting. Selepas itu barulah proses pasang blog wordpress dilakukan. Baik, jom kita lihat dalam video kedua ini, cara buat blog wordpress di hosting.

Video Cara Buat Blog WordPress Selfhosted

Lihat, sangat mudah untuk memasang blog wordpress, hanya ambil masa 1-2 minit sahaja. Sememangya proses buat blog wordpres yang di host sendiri memakan masa. Untuk pertama kali sahaja anda akan ambil masa. Lain kali jika anda mahu pasangkan blog anda pada subdomain, anda tidak perlu menunggu masa yang lama. Hanya create subdomain dan terus pasangkan blog.

Nak Dapatkan Lagi 60+ Video Tutorial Wordpress?

Semuanya Terkandung Didalam "World Class Blog Case Study", Yang Ajarkan Teknik Hasilkan Pendapatan RM1000 - RM2000 Setiap Minggu Hanya Melalui Blog.

Baik, saya telah pun berkongsi dengan anda cara buat blog wordpress yang di host sendiri. Kelebihannya tentulah anda boleh buat apa sahaja dengan blog wp anda nanti. Dengan gunakan plugin add-on tertentu, sangat mudah anda boleh tukarkan blog anda kepada website jenis lain.

Bersesuaian dengan blog “sepencarian – kami berkongsi”, nampaknya penyampaian kami telah pun sampai ke penghujungnya. Di harap video cara buat blog wordpress ini dapat membantu anda memahami apakah nama domain dan juga blog wordpress itu sendiri. Jumpa lagi, assalamualaikum.

 

 

"Touch" Utk Whatsapp
%d bloggers like this: