Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hampir sebulan saya tak buat post di dalam blog Sepencarian ini. Terlalu sibuk dengan berbagai tugasan. Antaranya adalah tugasan dalam menyiapkan Course SEO saya sendiri. Bermula dengan permintaa Group Ibu – Ibu yang bekerja sepenuh masa membuat perniagaan Multi Level. Mereka sering minta adakan small group coaching untuk belajar bina blog berpendapatan tinggi.

Mereka kini boleh tumpukan aktiviti menjual tanpa terlalu “hard” dan istilah keluar awal pagi, balik lewat malam sudah bukan trend peniaga MLM. Mereka tidak lagi gila kejar sales offline untuk demo dan berjumpa pelanggan. Sebaliknya, mereka berjumpa pelanggan apabila pelanggan mahu membeli sahaja.

Ini kerana adanya Blog sebagai “Alat Marketing” yang berkesan dan tanpa “Gangguan”

Didalam blog anda boleh “gantikan masa berjumpa bakal pelanggan di meja kopi” kepada bentuk penerangan didalam blog. Jadi sehari anda “boleh serve lebih ramai orang melalui blog“. Beratus orang, malah beribu orang setiap hari tanpa jejaskan poket anda.

Sebaliknya trend balik lewat itu tidak lagi balik lewat malam, sekitar jam 8 – 9 malam rata – rata masa balik kerja mereka. Dan setiap kali berjumpa pelanggan itu, mereka datang untuk close sale. Untuk dapat duit.

Persoalan Anda Sekarang Apakah Blog?

Betul Tak? Pasti anda mulai tertanya. Dan bagaimana proses dapatkan pelanggan di blog.

Okey, entry saya pada hari ini adalah tentang “Apakah Blog” dahulu. Supaya mudah anda faham satu – persatu. Untuk pengetahuan anda, laman yang anda baca ini merupakan sebuah blog. Blog pada zaman dulu – dulu di ciptakan bagi tujuan personal. Asalnya tempat saya meluahkan perasaan, diari, berkongsi cerita dan berhujah pendapat.

Search engine seperti Google, sangat menyukai laman jenis Blog kerana ia selalu di update berbanding laman web yang statik. Katakan anda menjual “sabun kecantikan”, jika anda guna website, biasanya pada tahun 2017 hingga 2018 hingga 2019, muka depannya sentiasa sama. Pada Google, web ini sangat membosankan, tiada content baru yang boleh ia update.

Kerana Apa?

Kerana Google sukakan content yang terbaru dan up to date.

Kenapa Google Sukakan Content Terbaru?

Kerana Google tempat orang mencari.

Katakan orang cari ” keputusan final real melawan mu“. Pasti pelawat mahu tahu keputusan terbaru. Bukannya perlawanan tahun-tahun sebelumnya punya keputusan. Dan kandungan ini bukan Google yang terbitkan, tetapi kitalah yang publish content tersebut. Google cuma “mengindek” untuk berikan pelawat jawapan yang paling tepat.

Jika result yang di beri Google, tidak tepat dengan carian pelawat. Mereka takkan cari di Google, sebaliknya mereka cari pula di Yahoo, AOL, Facebook dan bermacam search engine lain. Jadi Google akan kehilangan pelanggan. Sebab itu Google perlukan Content yang berupdate.

Kenapa Pemilik Blog Perlukan Google?

Haha.. Ini kerana pelawat atau bakal pelanggan kita datang dari Google. Jadi kita perlukan Google, dan Google juga perlukan kita.

Okey suka tak statement diatas?

Untuk cerita tentang macam mana nak bagi Google suka pada blog kita, saya akan kupaskan dalam entry yang akan datang. Yang saya nak cerita harini adalah tentang Blog WordPress.

Apakah Pula Blog WordPress?

WordPress Engine merupakan skrip php atau sebuah Platform untuk berblog. Memang ada banyak blog percuma seperti Blogger, Tumblr dan WordPress sendiri. Akan tetapi WordPress ini mempunyai 2 jenis.

Pertama Jenis Blog Percuma Dengan Fungsi Terhad – WordPress.com

Kedua Jenis Skrip Yang Disetting Didalam Hosting Kita Sendiri, Dengan Fungsi Tiada Had – WordPress.org

Kalau WP.com ini memang bagi kegunaan non profit blogger. Anda boleh dapatkan akaun WP.com untuk berblog secara percuma. Akan tetapi, fungsi-fungsi yang anda boleh pilih adalah berdasarkan apa yang “company” WP.com beri sahaja. Anda tidak boleh pasang plugin dari plugin library dan tidak boleh pasang theme berbayar.

WP.org pula, mengeluarkan Skrip PHP yang digunakan untuk buat Blog WP.com. Jadinya WP.org adalah bapa kepada segalanya. WP.org juga beri orang biasa gunakan skrip mereka secara percuma.

Maknanya, anda boleh miliki blog yang menggunakan Platform dari WP secara percuma.

Untuk jenis blog yang lain seperti Blogger dan Tumblr, mereka hanya menyediakan blog versi percuma sahaja dengan fungsi yang limited. Pengguna blog seperti ini akan kekal menjadi pengguna blog. Kerana blog mereka tidak mempunyai fungsi “CMS”.

CMS Ni Apa?

CMS bermaksud, Content Management System. Bermakna anda “ilhamkan saja” idea web yang anda perlukan. Insyallah dengan menggunakan Skrip WP anda boleh tukar ia kepada apa sahaja jenis website. Perkara ini boleh berlaku kerana pemilik blog wordpress boleh pasangkan sesuatu plugin atau theme berbayar bagi membolehkan fungsi sesuatu perkara dapat “diadakan”.

Kebanyakkan fungsi yang diperlukan ini adalah dalam bentuk “plugin” tambahan. Dalam bentuk theme, ianya sangat kurang dan pilihannya terbatas. Fungsi Plugin inilah yang akan memainkan peranan dalam menjadikan sebuah blog kepada CMS.

CMS ini kita boleh sebut sebagai “tukarkan blog kepada website jenis lain”

Website Jenis Lain Yang Macam Mana?

Website Iklan ala – ala mudah.my boleh di operasikan didalam wordpress. Laman forum juga boleh dibuat menggunakan WordPress. Laman jual beli kereta, restoran pesanan online, membership site, terbaru laman autoresponder, laman video sharing seperti youtube juga boleh di buat dengan skrip wordpress.

Itu adalah fungsi CMS bagi laman contoh laman yang sudah sedia ada seperti youtube dan mudah.my. Anda boleh adakan kesemua fungsi yang saya sebutkan diatas, didalam sebuah blog sahaja. Blog anda akan menjadi sebuah Portal lah yang mana semua perkara boleh didapati dari laman portal anda.

Nak Dapatkan Lagi 60+ Video Tutorial Wordpress?

Semuanya Terkandung Didalam "World Class Blog Case Study", Yang Ajarkan Teknik Hasilkan Pendapatan RM1000 - RM2000 Setiap Minggu Hanya Melalui Blog.

Hebat Tak Fungsi CMS Dalam Blog WordPress Selfhosted?

Kerana, tiada limit dan batasan untuk anda berimaginasi. Persoalan lain yang timbul adalah:

Kenapa Nak Gunakan Skrip Blog? Sedangkan Skrip Laman Iklan, Forum Dan Apa Sahaja Mempunyai Skrip KHASNYA Sendiri.

Memang benar, ini apa yang terjadi sebelum adanya WordPress. Selepas kedatangan WP, ramai blogger yang berblog secara percuma mulai bertukar kepada sistem blog yang di host sendiri. Mereka boleh BRANDKAN blog mereka melalui keunikan, design blog dan mula bercerita tentang bisnes.

Dengan adanya WP Plugin Library yang bersambung dengan bahagian admin blog anda. Dengan “One Click Install”, fungsi – fungsi cms lain dapat dimasukkan kedalam WP dengan mudah sekali.

Kelebihannya:

  1. Mereka tidak perlu belajar sistem baru jika mahu wujudkan fungsi “forum” didalam blog mereka.
  2. Dalam Plugin Library, terdapat puluhan “plugin forum” yang boleh di pasang secara percuma.
  3. Mereka boleh try dan error dahulu sehingga dapat plugin forum dengan fungsi yang diingini.
  4. Mereka tak perlu spend duit untuk beli skrip forum, nama domai dan hosting
  5. Trend sekarang, company yang buat sesuatu online service, sudah mempunyai plugin wordpress supaya service yang ditawarkan didalam website mereka dapat digunakan oleh para blogger wordpress selfhosted.

Blogpost ini sudah mencapai 1015 perkataan, namun jika anda rasa info blog ini baik, apa kata sambung bacaan anda di bawah. Saya akan terangkan pula apakah pula maksud perkataan Selfhosted yang banyak kali saya sebut didalam entry ini.

Jom Semak : Apakah Blog Yang Di Selfhosted Dan Cara Buat Blog