SEMrush

Mengenal Iman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Harini saya nak bercerita tentang perkara mengenai iman. Iman ni adalah perkara yang selalu dikaitkan dengan nafsu. Biasa kita dengar dalam percakapan orang atau di drama tv seperti..

Nasib baik iman aku kuat, kalau tak mau aku pelempang budak tu.
Atau
Kerja di tempat-tempat macam ni iman kena kuat dikkk.. Kalau tak, datang sini pakai tudung, keluar kang dan tak cukup kain pulak.

Nafsu amarah dan nafsu syahwat adalah 2 perkara yang kita biasa sebutkan sebagai iman. Ya memang inilah bentuk kekufuran yang paling kuat perlu dijauhi, bagi lelaki maupun perempuan. Manakala iman disebut sebagai cara pelaku memberitahu dengan adanya iman, dia dapat menyekat perkara tersebut.

Secara KHASNYA terdapat stage-stage tertentu dalam proses pembinaan iman. Dan terdapat beberapa substage dalam merasakan diri “sedang” beriman.

Allah SWT Berfirman:

Manusia tidak akan beriman selagi Aku tidak MENGUJINYA

Fahamkah anda maksudnya ini?

Maksudnya, masa anda diuji sesuatu perkara dan dalam diri anda telah tanamkan dalam hati untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut, disinilah keimanan anda diukur. Contohnya jika anda seorang yang suka bergosip dan telah terdengar ceramah, lantas berasa insaf dan tidak mahu lakukannya lagi.

Ustaz Bilang…

Yang benar tentang dia kamu bercakap itu mengumpat, yang ditokok tambah itu fitnah

Dan esoknya waktu masa minum dikedai seorang-seorang datang bercerita hal umpat keji dihadapan anda. Dimasa inilah “keimanan anda diuji” dalam anda sedar atau tidak. Sama ada anda menokok tambah atau anda diam sahaja, atau anda suruh mereka berhenti mengumpat. Yang mana satu anda?

Pada pengalaman saya, dalam mendapatkan iman; kita perlu bertanya. Sebagai contoh saya pernah menjadi orang pemarah. Semua perkara yang tidak kena di ditukar kepada amarah dan mempersoal. Hasilnya saya jadi “saya seorang saja betul”. Kemudian orang sekeliling memberi penilaian yang saya sebegini dan sebegitu.

Bila lihat kawan menjauh dan ramai orang terluka dengan tindakan saya, lantas saya bermohon kepada Allah untuk memperbaiki keadaan. Proses ini mengambil masa kurang lebih 2 tahun untuk beri perasaan “clear” dalam bentuk penyucian hati. Satu proses yang panjang dan saya terus menerus diuji jika “tidak pass” sesuatu level. Ahhh.. macam main game pulak ye.. 🙂

Semasa meminta itu biasanya saya akan minta bagaimana nak pass, situasi tersebut. Lantas berbagai ujian akan datang berkaitan hal yang menimbulkan kemarahan. Konsepnya jika dapat bertahan tidak terlibat dengan dosa, bermakna anda sedang mempertahankan iman.

Namun ada orang, pada satu masa dia BOOOM Meletup sampai berbunuh orang. Jadi dimana keimanan?

Situasi “hilang sabar” bermakna anda hilang keimanan. Jadi ingatkan diri sendiri supaya tidak hilang sabar.

Hilang Sabar ini adalah satu proses anda menahan dugaan “tanpa” protection, iaitu tanpa iman.

Contoh anda hilang sabar dengan sikap pengotor rakan sebilik. Mula-mula anda sabar, tapi sampai satu masa anda sound dia hingga terjadi pergaduhan.

Jika anda beriman, Allah akan kurniakan satu perasaan tentang “apa yang akan jadi jika anda sound dia”. Apakah perkara yang akan jadi selepas sound dia. Dan kemungkinan yang berlaku, kebanyakannya negetif dan tidak memberi kebaikan kepada kedua belah pihak.

Ada Shortcut Untuk Lepasi Ujian Ini.. Iaitu:

Terimalah yang rakan sebilik anda pengotor, memang situasi ini memeritkan untuk seketika. Tetapi Allah kan maha menayangi hamba-hambanya. Lepas anda takde complaint, tak mengumpat dan anda boleh senyum bila kawan buat sepah, tisu hingus merata-rata anda kutipkan dan buang. Allah akan letakkan anda bersama orang yang sepatutnya dan disenangi.

Kenapa Perlu Istifar Bila Marah?

Kerana rasa marah dan benci ini dibisikkan oleh syaitan. Ia berbisik pada hati, menyuruh kita mengeluarkan segala apa yang terpendam selama ini menyebabkan sabar anda sampai kemuncaknya. Dimasa ini syaitan terus menerus berbisik. Lebih teruk sehingga berlaku peristiwa amuk dan sebagainya. Kerana kemarahan yang tidak dapat dikawal lagi.

Bila anda istifar “Astafirullah” sahaja pun, maksudnya “YA ALLAH, AMPUNKAN AKU”. Sebut berulang kali sehingga rasa marah ini hilang. Ada berbagai cara seperti berwuduk, basuh muka atau minum air untuk meredakan marah.

Tetapi cara paling cepat dan efisyen adalah dengan berzikir “Astafirullah” berkali-kali.

Anda akan rasa yang hati anda tiba-tiba lega dan tidak marah. Seperti ada sesuatu yang bergayut dihati tiba-tiba terlepas menyebabkan perasaan lega. Prosesnya syaitan yang berbisik pada hati merasa panas dan menjauh. Kalau tak percaya, anda mesti cuba selepas ini..

Ada orang lepaskan kemarahan dengan menjerit, memecahkan barang dan sebagainya. Anda sebenarnya mengumpul lebih banyak kemarahan untuk dilepaskan. Ada masanya ia lebih kepada mengingatkan kepada kemarahan lama yang menyebabkan api kemarahan dalam diri tidak pernah padam. Cara menghilangkan marah adalah dengan memaafkan dan menerimanya.

Esok saya akan sambung lagi bahagian 2 tentang proses mengenal iman. Kali ini adalah dengan merasai iman.

+++++

IKLAN: Pada yang ada masalah sakit belakang, sakit pinggang dan sukar buang air besar saya ada penyelesaiannya. Hanya ambil 4 biji OsteMatrix Tablet bersama air masak atau jus sebelum tidur.

Ia mengandungi kalsium yang diperlukan oleh tulang dan gigi, vitamin D bagi membolehkan penyerapan kalsium pada tulang menjadi mudah, selain itu ia adalah vitamin hebat sekiranya anda berdiet, ia akan “merangsang” usus besar untuk mengeluarkan najis lama punca masalah sembelit. Hasilnya “boroi” juga turut hilang kerana dalaman usus dicuci.

Harga RM65 + RM10 (Kos Pos/COD) = RM75

Pos Laju RM10 (Seluruh Malaysia)

COD RM10 – BANGI, PUTRAJAYA, CYBERJAYA, KAJANG, BANDAR SRI PUTRA

Berminat Sila Whatsapp “OSTE” Ke 011-3333 3207 Azham Untuk Membeli.

Sila Touch Sekali Pada Nombor Telefon Bagi Pengguna Telefon.

 

SEMrush

Leave a Reply