“Anak Tahu Tak Kenapa Kita Makan Kena Baca Bismillah?” – Ustazah Timah Ceritakan Asal Usul Qarin Syaitan mana yang mengganggu masa kita solat. Dialah juga yang akan mengganggu kita semasa nazak nanti.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ini abam nak ceritakan tentang Ustazah Timah yang juga mak mertua abam. Dia sangat suka bercerita tentang banyak perkara berkaitan agama. Sangkaan abam cuma isteri yang berkerja sebagai ustazah, rupanya darah itu datang dari mak mentua juga. Sebelum ni tak pernah tahu yang mak mentua abam ni ustazah. Masa abam temankan isteri berpantang di rumah mentua, pada hari biasa abam lihat anak – anak datang belajar mengaji Al Quran di rumah. Selama setahun berkahwin dengan keluarga ni, kami cuma balik kampung pada musim cuti sekolah. Jadi abam tak pernah lihat situasi ini.

Satu malam, abam dengar opah bercerita pada cucu – cucunya termasuk anak abam yang baru habis pantang. Anak abam terkena sawan tangis kata opah. Masuk jam 11 malam sahaja dia mula menangis dan banyak hal. Sehingga 2-3 pagi baru dia tidur.

Jadi mak mertua @ opah bercerita tentang Qarin

Qarin ni asalnya adalah Anak Iblis. Kisah ini berlaku pada zaman Nabi Adam AS. Semasa itu didalam syurga. Kita semua tahu yang Iblis enggan sujud kepada Adam AS kerana merasakan dirinya lebih tinggi dan mulia berbanding Manusia. Allah menjadi murka dan berjanji akan memasukkan Iblis kedalam api neraka. Dan syaitan pula meminta kebenaran untuk menyesatkan umat manusia.

Tinggal Adam AS didalam syurga berseorangan. Kemudian Allah menciptakan Hawa yang dijadikan dari sebatang tulang rusuk Adam AS. Tinggallah mereka berdua didalam syurga, menemani antara satu sama lain.

Iblis seperti yang diketahui akan cuba menyesatkan manusia, yang kita pernah dengar adalah setelah Mereka di turunkan kedunia kerana memakan buah larangan di syurga. Semuanya hasil kerja iblis. Tetapi sebelum masuk pada bab perdaya makan buah larangan tersebut ramai yang tidak tahu tentang qarin yang sentiasa ada dengan kita, iaitu syaitan yang selalu berbisik.

Kadang – kala kita gelarkan ia sebagai “bad side” dari diri kita. Cuma kita ingat ia adalah kita juga. Tetapi dialah qarin anak iblis yang sentiasa ada dengan kita. Sentiasa attach dengan kita. Masa solat ada benda mengacau cuba buat kita lupa dah baca Al Fatihah ke belum. Dah rakaat keberapa. Dialah juga yang akan mengacau dan mengganggu kita semasa kita nak mati nanti.

Iblis Menghadiahkan Baby Kepada Hawa

Kisah ini bermula apabila Iblis datang melawat Hawa dan memberikan seorang anak atau bayi yang diletakkan di tempat tidur Hawa. Hawa sangat menyukai dan mengasihi anak ini. Lagipun mereka belum ada anak sendiri. Dia sangat suka dan menyampaikan kepada Adam AS.

Apabila Adam AS balik dan melihat adanya bayi. Adam AS sudah tahu ini anak adalah mainan iblis untuk menyesatkan manusia.

Dia bertanya kepada Hawa, dari mana kamu dapat anak ini?

Hawa menyatakan, bayi ini tiba – tiba ada didalam bilik tidur mereka.

Nabi Adam AS menyuruh bunuh bayi tersebut tetapi Hawa terlalu kasihkan anak itu walaupun tahu ia anak iblis. Lantas Nabi Adam AS telah membunuh anak tersebut, dan dikerat – kerat dan digantung depan rumah mereka. Esoknya Iblis datang masa ketiadaan Adam AS dan bertanya dimana anak tadi.

Hawa menjawab anak itu telah dibunuh dan digantung depan rumah mereka. Iblis lantas, dengan kuasanya meniupkan semula ruh kepada bayi syaitannya itu. Ianya adalah anak syaitan yang dijelmakan dalam rupa manusia. Jadi ia bukanlah manusia sebaliknya anak syaitan ini tadi.

Apabila dijadikan semula rupa baby yang kiut miut, memang hati Hawa menjadi gembira dan mempunyai anak yang dikasihinya. Kali ini Iblis berpesan supaya tidak memberitahu Adam AS. Tetapi Hawa tercerita juga pada Adam AS. Adam AS pula melakukan bermacam perkara termasuk bakar dan dicampak abunya ke sungai.

Dengan kuasa yang ada pada Iblis, ia hidupkan kembali anak tersebut dan diberi kepada Hawa. Perkara iblis ingin menyesatkan manusia berlaku pada zaman Adam AS didalam syurga lagi. Dan perihal memakan buah larangan bukan yang pertama berlaku. Adam AS lakukan bermacam perkara untuk membunuh anak syaitan itu. Tetapi Iblis tidak pernah jemu.

Sehingga satu hari, Adam AS dah buntu lantas kali terakhir ia bunuh bayi tersebut dan mereka masak dan makan bayi tersebut. Tengok apa pulak yang iblis boleh buat, dan berharap dugaan ini dapat dihentikan. Kemudian esoknya iblis datang dan bertanya tentang anaknya lagi.

Kali ini Hawa menjawab yang mereka sudah makan anak tersebut. Iblis sangat gembira kerana tipu dayanya sudah mengena. Ia pun bercakap yang itulah yang terbaik dan tiada lagi bayi yang diberikan. Dari situlah juga Hawa dan Adam AS menjadi mudah di tewaskan oleh Iblis. Ini kerana keturunannya sudah hidup di dalam salur darah manusia.

Dan syaitan yang tinggal didalam tubuh manusia ini disuruh tinggal terus. Iblis pula akan membuat lawatan kepada anak cucunya yang tinggal didalam tubuh manusia kerana syaitan yang keep attach dengan kita memang tidak jemu – jemu cuba menyesatkan kita.

Malah dia sentiasa mengganggu sehingga kita sedang nazak nanti, itu peluang terakhirnya untuk sesatkan umat manusia.

Anak syaitan yang tinggal didalam tubuh manusia di gelar qarin. Dan menurut opah, anak abam terkena sawan tangis dan suka lihat keatas kerana qarin ini yang bermain dan menyakat baby. Bayi dikatakan dapat melihat perkara – perkara ghaib. Sebab itu ia kerap menangis.

Opah tambah lagi, kamu kalau makan tak baca bismillah, maknanya kamu makan dengan syaitan atau qarin yang memang tinggal didalam badan setiap orang.

Kamu makan untuk dia tau tak. Sebab itu kena baca bismillah setiap kali nak buat apa-apa pun. Jaga solat, banyak mengaji supaya syaitan qarin ni lemah. Sebabnya iblis akan melawat anak cucunya setiap hari. Dan dia akan bertanya “ok ke duduk dalam jasad ni?”. Bila anak – anaknya mengeluh tentang orang islam yang menjaga solatnya dan banyak mengaji, Iblis tetap tidak benarkan anak cucunya keluar dari tubuh manusia kerana janji iblis untuk sesatkan manusia sehingga ke hembusan nafas terakhir.

Banyak betul ilmu yang masuk sehingga abam boleh blog tentangnya. Lama juga mak mentua abam cerita. Anak abam dari melalak terus dah tidur. Abam pun bila dibukakan hijab tentang kewujudan qarin ni, abam rasa lebih clear dan faham kenapa tak boleh ikut kata hati. Sebab kata hati biasanya bisikan dari qarin yang kita ingat diri kita sendiri. Wallahu a’lam.

Video Tutorial Cara Buat Income USD PERCUMA
Masukkan Email Sebenar Anda Dan Klik Saya Nak!
Privacy Anda Dilindungi, Tiada SPAM Akan Dihantar

2 thoughts on “<span class="entry-title-primary">“Anak Tahu Tak Kenapa Kita Makan Kena Baca Bismillah?” – Ustazah Timah Ceritakan Asal Usul Qarin</span> <span class="entry-subtitle">Syaitan mana yang mengganggu masa kita solat. Dialah juga yang akan mengganggu kita semasa nazak nanti.</span>”

    1. Bacaan bismillah ni dapat melemahkan qarin ni, semua benda bila kita mulakan dengan bismillah. Namun solat tu yang paling penting dijaga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *